March 26, 2025

Peraduan Dutch Lady ‘Mak Hebat, Mak Menang’ Tawar Hadiah Bernilai RM1.7 Juta

Kempen Dutch Lady ‘Mak Hebat, Mak Menang’ memberi peluang kepada para ibu Malaysia untuk menjadi lebih hebat.
Kempen Dutch Lady 'Mak Hebat, Mak Menang
Dutch Lady Malaysia memberi peluang kepada para ibu Malaysia menjadi lebih hebat melalui kempen terbarunya ‘Mak Hebat, Mak Menang’, di mana para ibu berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM1.7 juta.

Ia termasuklah ganjaran wang tunai bernilai RM100 x 15,000, 2 x hadiah bulanan pengubahsuaian rumah bernilai RM50,000 setiap satu dan 8 x hadiah mingguan skuter Vespa!

Cara Sertai peraduan ‘Mak Hebat, Mak Menang’

Peraduan Mak Hebat Mak MenangUntuk menyertai peraduan ‘Mak Hebat, Mak Menang’ awat mudah.

Anda hanya perlu membeli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan™ 900g, buka dan cari ikon Dutch Lady® di dalam pek.

Kemudian, hantarkan butiran melalui SMS untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100 dengan serta merta!

Mudah bukan?

Maka apa anda tunggu lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang lumayan ini! Terdapat juga Trak Dutch Lady Nutri Plan™ yang akan menjelajahi Lembah Klang mulai 15 Mac 2017 hingga 30th April 2017.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan Dutch Lady ‘Mak Hebat, Mak Menang’, sila layari laman Dutch Lady di www.smartmoments.com.my

Apa Kata Mereka Mengenai Dutch Lady Nutri Plan™

Bagi Scha Alyahya, pengacara TV, pelakon dan duta Dutch Lady Nutri Plan™, beliau setuju bahawa seorang ibu perlu menyesuaikan diri dan melaksanakan pelbagai peranan mengikut perubahan keperluan anaknya.

Ruby Ingin Menang Hadiah Utama Dutch Lady ‘Mak Hebat, Mak Menang’Sebagai seorang ibu yang sibuk, saya amat bersyukur kerana Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA** membantu menyokong dan membekalkan nutrisi sesuai yang diperlukan oleh Lara pada setiap peringkat perkembangannya.

Dengan adanya sokongan daripada Dutch Lady tentang bagaimana kanak-kanak memerlukan sokongan yang berbeza sepanjang tahap perkembangannya, ia membantu saya memenuhi cara membimbing dan memupuk Lara. Saya menjadi seorang ibu yang lebih hebat dengan Dutch Lady sebagai rakan saya!

Berkongsi pendapat bersama kami, ibu blogger, Rabiatul Adawiyah menyatakan hasratnya untuk memenangi hadiah utama dalam peraduan ini.

Hadiah pengubahsuaian rumah sesuai untuk keluarga saya! Saya amat cerewet mengenai pengambilan nutrisi harian keluarga saya, terutama anak saya yang berusia 3 tahun, Adam Solihin, yang gemar minum susu.

Sekiranya saya menangi hadiah pengubahsuaian rumah, ia memberikan saya peluang untuk menghias semula dapur rumah, menjadikannya sebagai tempat sumber inspirasi di mana saya menyediakan makanan yang bernutrisi dan seimbang untuk keluarga saya.

Dengan dapur yang serba baru, Adam pasti akan sertai saya untuk memasak dan membuat kek bersama saya,”

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Peraduan Dutch Lady ‘Mak Hebat, Mak Menang’ Tawar Hadiah Bernilai RM1.7 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *