Jenama Perlindungan Kuman No.1 Malaysia – Dettol bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendekati kanak-kanak melalui program sekolah yang dikenali sebagai Misi Kebersihan.
Menerusi program ini, kanak-kanak sekolah belajar mengenai kuman dan bakteria yang terdedah kepada mereka melalui tangan mereka setiap hari dan kepentingan membasuh tangan, terutamanya sebelum makan.
Selain pendidikan dan kesedaran mengenai kebersihan tangan dan sanitasi, program ini juga menggalakkan sekolah-sekolah untuk menjana kempen kesedaran mereka sendiri untuk terus memupuk tabiat mencuci tangan yang baik.
Tahun ini merupakan tahun kedua bagi Misi Kebersihan, dan usaha ini telah berjaya mencapai 210,000 orang pelajar sekolah rendah tahun ini dengan penglibatan ibu bapa mereka, berbanding 54,200 orang pelajar pada tahun 2014.
Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan di setiap peringkat bagi memastikan ia berjalan dengan jayanya di sekolah dengan jangkauan yang lebih luas pada tahun ini.
Untuk terus menguatkan mesej yang ingin disampaikan, Cabaran Sekolah Dettol telah diperkenalkan tahun ini, di mana sekolah-sekolah bersaing antara satu sama lain untuk mengada kempen kebersihan yang paling berkesan.
Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian perlu merancang kempen mereka sendiri, yang bertindak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan kebersihan tangan.
Para pemenang kemudian dipilih berdasarkan idea kempen dan aktiviti keseluruhan.
Senarai Pemenang Cabaran Sekolah Dettol
Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh dipilih sebagai juara Cabaran Sekolah Dettol dan pemenang untuk categori Kempen Kesedaran Paling Baik.
Bersama dengan sekolah-sekolah lain yang menang, mereka telah dijemput ke majlis penutup kempen untuk menerima hadiah mereka daripada wakil Dettol dan KPM.
Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka membawa pulang Tempat Kedua Cabaran Sekolah Dettol, manakala Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Negeri Sembilan memenangi Tempat Ketiga cabaran tersebut.
Pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga, masing-masing akan menerima hadiah tunai berjumlah RM5,000, RM4,000 dan RM2,000 untuk sekolah mereka serta pengubahsuaian kantin sekolah daripada Dettol.
Pemenang yang lain termasuk Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka sebagai pemenang untuk kategori Idea Paling Kreatif.
Pemenang kategori Kempen Kesedaran Paling Baik dan Idea Paling Kreatif membawa pulang produk-produk Dettol yang berjumlah RM2,500 masing-masing.
Kebersihan bermula dari rumah. Elok juga ada program seperti ni memberikan ‘awareness’ awal. Syabas bete!
aku suka sabun detol. dari zaman study dok pakai sabun ni. bau dia. umphhh
boleh tahan hadiahnye ye..detol waktu kecik da femes jenama ni..
memang patut sejak daripada kanak-kanak lagi untuk menjaga kebersihan