Tahniah kepada para pemenang kempen ‘Cuti Sakan bersama KOPETRO Travel’
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi syarikatnya KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah sempena kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’.
Majlis ini telah diadakan di Flora Terrace, Hampshire Place bagi meraikan para pemenang bertuah untuk kempen ini.
Untuk pengetahuan anda,
Seramai 15 orang pembeli bertuah telah dipilih sebagai pemenang kempen yang berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September yang lalu dengan hadiah yang ditawarkan berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM15,000.
Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel adalah inisiatif yang diambil bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam an luar negara seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.
Peralihan ke fasa endemik memberi harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri lancongan yang terjejas sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia’ – En. Shakir bin Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO
Kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ mensasarkan ibubapa, pasangan dan juga pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama dengan tawaran lebih 100 pakej yang terdiri daripada pekej lawatan dan percutian dalam negara.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel, anda boleh layari laman web www.kopetrotravel.com.my
Selamat bercuti buat para pemenang..!!