December 6, 2024

Koleksi Kapsul Super-J Edisi Terhad Hush Puppies

Koleksi Kapsul Super-J Edisi Terhad Hush Puppies

Hush Puppies memperkenalkan koleksi kapsul Super-J edisi terhad

Kini kasut tidak lagi berfungsi sebagai alas kaki sahaja, sebaliknya ia menjadi salah satu pelengkap fesyen agar pemakai tampak lebih bergaya. Jenama kasut yang terkenal dengan fesyen kasut kasual Hush Puppies memperkenalkan koleksi baru mengikut gaya terkini namun mengekalkan keselesaan.

Koleksi kasut baru Super-J Hush Puppies dinamakan sempena maskot terkenal jenama itu, Jason. Ia mempunyai pelbagai koleksi kasut bergaya dan selesa, termasuk yang terkini: edisi terhad Betsy yang merupakan lambang gaya jalanan.

Super-J Hush Puppies
Super-J Hush Puppies dinamakan sempena maskot terkenal jenama itu, Jason.

Koleksi Betsy yang direka khusus untuk golongan wanita tampil dengan rekaan kasut sneaker serba putih yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa sejak sedekad yang lalu.

Betsy diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu emas dan hijau dan ia diserlahkan dengan cetakan grafik yang memberikan gaya sentuhan ceria.

Kelainan kasut ini ditampilkan dalam rekaan tidak sepadan iaitu sebelah kasut mempunyai tali dan sebelah lagi tanpa tali – gaya ini dapat menampilkan kelainan pada si pemakai. Setiap pasang dilengkapkan dengan logo jenama serta perkataan Super-J yang dicetak menggunakan tulisan tangan.

Hush Puppies’ Super-J Collection

Koleksi Betsy berharga RM269 sepasang, serta didatangkan dengan sekaki payung edisi terhad dan mempunyai reka bentuk grafik yang senada dengan kasut.

Aksesori hijau beraksen dengan koleksi logo berwarna emas dan putih menghasilkan gabungan yang menarik. Tidak kira sama ada anda peminat warna emas atau hijau, Hush Puppies mahukan anda sentiasa menjadi individu yang baik, berani, selesa dan jujur.

Koleksi kapsul Super-J Betsy edisi terhad boleh didapati bermula dari 27 Oktober 2022 di semua stor Hush Puppies di seluruh negera. Anda juga boleh beli secara dalam talian di https://hushpuppies.my/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *