October 6, 2024

foodpanda Malaysia Anjur Panda Fun Run Raikan Rakan Penghantar

Panda Fun Run

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, foodpanda Malaysia menganjurkan Panda Fun Run khusus untuk rakan penghantar mereka di Taman Wetland Putrajaya.

Ia bertujuan bagi merai dan menghargai mereka atas peranan yang dimainkan dalam menyampaikan kegembiraan kepada para pelanggan.

Acara ini menyediakan pelbagai aktiviti interaktif untuk semua peserta termasuk cabutan bertuah dan mereka juga berpeluang bergambar bersama Pau-Pau dengan lebih daripada 1,000 rakan penghantar bersama keluarga masing-masing.

Panda Fun Run bertujuan menzahirkan rasa terima kasih, menyebarkan aura positif dan meraikan wira-wira ini yang bekerja tanpa jemu untuk memberi kita semua keistimewaan menikmati sajian di rumah dan barangan runcit dihantar terus ke depan pintu rumah para pelanggan.

“Panda Fun Run ini bukan sekadar cara untuk kami berterima kasih kepada rakan penghantar, tetapi ia juga untuk mereka berkumpul sambil berseronok dan bermain bersama-sama dengan keluarga masing-masing.

Mereka telah komited untuk menyebarkan kegembiraan kepada para pelanggan kami dan sekarang giliran kami untuk menggembirakan mereka. Kami juga berterima kasih kepada rakan penghantar yang menyertai kami hari ini bagi menjayakan acara ini.” – Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Kelvin Chan.

The Panda Fun Run

Panda Fun Run juga menekankan pentingnya rakan penghantar mengamalkan gaya hidup sihat. Bukan sahaja berlari bersama keluarga yang sihat, ia turut memberi peluang untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan cara terbaik untuk menyemai semangat bermasyarakat.

Adalah penting bagi foodpanda Malaysia untuk rakan penghantarnya dapat mencipta kenangan baharu bersama keluarga masing-masing dan bersama-sama menghargai hubungan peribadi mereka.

Panda Fun Run ditaja secara eksklusif oleh Spritzer, air mineral semula jadi terlaris di Malaysia dengan menyumbangkan air mineral kepada semua peserta dan Doc2Us, platform perundingan dalam talian tersohor yang membolehkan anda berkomunikasi dengan doktor melalui ruangan sembang teks pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Rakan kongsi lain yang turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini ialah Igloo, Caltex, Treeletrik, Liquid Molly, Brands, Rainman dan Perkeso. Turut serta restoran seperti Kafe Malabar, Grand Sari Ratu Prima dan Kak CT Corner @ P8 sebagai vendor F&B.

foodpanda Malaysia percaya walaupun penghantaran hari ini mungkin berlaku tanpa sentuh, mereka tidak seharusnya tidak berperikemanusiaan.

Semestinya ada rasa penghargaan kepada mereka yang menjadikan hidup kita lebih selesa. Sebagai balasan sampaikan kebaikan dan berusahalah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan penghantar anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai foodpanda, anda boleh layari www.foodpanda.com.
hari ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *