April 20, 2024

Siri HONOR 90 Hadir Dengan Kamera Bersaiz 200MP, Harga Bermula Dari RM1,099

Kamera Hp bersaiz 200MP? Biar betul…!!??Telefon pintar Siri HONOR 90 telah tersedia untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM1,099.

Siri HONOR 90 sedia untuk dimiliki bermula 22 Julai ini, jadi jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal kerana HONOR menawarkan kredit e-Wallet sehingga RM150 hanya kepada pelanggan yang membeli Siri HONOR 90 pada 22 Julai 2023.

Siri terbaharu dengan penanda aras baru dalam fotografi telefon pintar dan perlindungan mata ini mempunyai tiga spesifikasi berbeza serta pelbagai ciri yang menyeronokkan.

Jom kita lihat, model HONOR mana satu yang menjadi pilihan anda :-

1 – HONOR 90 5G – Kamera Super Sensing 200MP Terbaik Dalam Kelas Tersendiri

Honor 90 Series Malaysia

Telefon pintar flagship HONOR 90 5G dimegahkan oleh Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Depan Super Clear 50MP, membawa revolusi baharu dalam fotografi telefon pintar dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan.

Kamera Super Sensing 200MP hadir dengan sensor 1/1.4 inci yang menghasilkan foto HDR (high dynamic range) yang terbaik dan terperinci, sama ada ketika suasana cahaya terang atau rendah. Menampilkan Kamera Depan Super Clear 50MP, HONOR 90 5G mampu merakam swafoto dengan kejelasan yang mengagumkan.

Selain kehebatan kamera, HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang pertama di dunia, menyediakan pengalaman paparan bebas kerlipan kepada pengguna sekaligus dapat mengurangkan masalah ketegangan mata dan membuatkan mata lebih selesa.

Ciri-ciri keselesaan mata yang pertama dalam industri ini telah menerima Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free yang menyokong frekuensi PWM tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz, yang secara efektif dapat mengurangkan masalah ketegangan mata kepada pengguna apabila cahaya ditetapkan pada tahap rendah.

Paparan HONOR 90 5G juga memiliki ciri-ciri Pemalapan Dinamik yang menghasilkan cahaya semula jadi dan mengatasi masalah keletihan mata, begitu juga dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekaligus dapat memperbaiki kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

HONOR 90 5G juga menawarkan pilihan ruang penstoran sehingga 512GB dan dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition untuk prestasi lebih lancar. Mendapat perhatian ramai pakar teknologi seluruh dunia, HONOR 90 5G sering disebut-sebut bakal menjadi satu penanda aras baru bagi perlindungan skrin, sekaligus mengukuhkan bukti komitmen HONOR terhadap keselamatan dan keselesaan pengguna.

Varian HONOR 90

HONOR 90 tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan 12GB+256GB and 12GB+512GB pada harga masing-masing RM 1,799 dan RM 2,099.

Untuk pembelian HONOR 90 5G yang diidami ramai, HONOR berbesar hati untuk menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM647 sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan pengguna! Bukan itu sahaja, pembelian pada 22 Julai juga akan menerima RM150 yang akan dimasukkan ke dalam e-Wallet di kedai terpilih!

2 – HONOR 90 Lite 5G – Peneman Setia

Bagi pengguna yang mencari harga mampu milik tanpa berkompromi dengan kehebatan ciri-ciri sedia ada, HONOR 90 Lite merupakan pilihan terbaik. Mempunyai Kamera Ultra 100MP yang hebat, paparan 6.7 inci yang mengagumkan dengan ciri-ciri keselesaan mata, dan memori tambahan 8GB dengan penstoran 256GB.

Memiliki gaya menarik dan keupayaan yang mengagumkan, HONOR 90 5G pastinya dapat menawan hati peminat teknologi dan fotografi, serta mampu merakam apa jua keadaan sama ada foto landskap yang menarik atau swafoto yang menawan.

HONOR 90 Lite hadir dengan warna Cyan Lake atau Midnight Black pada harga RM 1,099. Bagi peminat HONOR 90 Lite, tentu tidak akan ketinggalan!

HONOR menyediakan pelbagai hadiah menarik secara percuma bernilai RM258 eksklusif kepada pengguna. Bahkan juga akan menerima tambahan kredit e-Wallet bernilai RM50 sekiranya anda membuat pembelian pada 22 Julai di kedai terpilih!

Price HONOR 90 Series Malaysia

3 – HONOR Pad X9 – Hiburan Luar Biasa dengan Gaya Elegan

Sebagai pelengkap, HONOR turut memperkenalkan HONOR Pad X9, sebuah tablet serba boleh yang meningkatkan pengalaman hiburan dan pendidikan.

Memiliki Paparan HONOR FullView 11.5 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh teknologi penyesuaian bunyi HONOR Histen, dan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm, HONOR Pad X9 menghasilkan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan.

Ditambah dengan bateri tahan lama 7250mAh, pengguna dapat menikmati hiburan tanpa gangguan, sesuai untuk menonton Netflix tanpa henti!

Pada harga hanya RM 1,099, HONOR Pad X9 tersedia dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB. Sebagai bonus tambahan, HONOR mengumumkan pilihan baharu HONOR Pad 8 dengan penstoran lebih besar 8GB+256GB pada harga RM 1,499.

Price HONOR Pad X9 Lite Malaysia

Perkhidmatan HONOR Cloud

Pengguna Siri HONOR 90 boleh mendapatkan pelbagai tema dan wallpaper eksklusif melalui HONOR Theme, termasuk tema kilauan halo matahari dan sinaran bulan romantis yang boleh diubah suai, atau pun wallpaper daripada AOD, HONOR Talents, dan AIGC. Semua ini eksklusif hanya untuk pengguna Siri HONOR 90!

Program HONOR Go Beyond
Seperti diumumkan CEO HONOR, George Zhao semasa HGDC 2022, Program HONOR Go Beyond kini berada dalam talian dan menawarkan insentif lebih USD130 juta untuk pemaju applikasi/game yang berbakat dan pereka tema UI telefon pintar. Kempen eksklusif untuk pengguna HONOR, pemaju dan dan pereka bebas menggunakan ruang ini untuk menonjolkan bakat kreatif serta pengiktirafan bagi penciptaan yang luar biasa dan inovatif.

Maklumat lanjut tentang Program HONOR Go Beyond, sila layari: https://developer.hihonor.com/en/activity/page/tg2023070414497763

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *