May 13, 2024

Pemenang Utama Proton X70 Peraduan Makan & Menang Marrybrown

Menang Proton X70 Peraduan Makan Menang Marrybrown
Akauntan Awam Muhammad Muzamil Bin Jailani, 29 bertuah membawa pulang hadiah utama Peraduan Makan & Menang Marrybrown iaitu sebuah kereta Proton X70.

Begitu juga buat 1,300 rakyat Malaysia yang dipilih untuk memenangi pelbagai hadiah dalam Peraduan Makan dan Menang KAW KAW oleh Marrybrown. Peraduan seperti ini merupakan aktiviti tahunan sejak tahun 2007 lagi.

Para pemenang yang bertuah ini telah menerima hadiah masing-masing semasa upacara penyampaian hadiah di Ibu Pejabat Marrybrown – School of QSR pada 4 Mac 2020.

Peraduan yang berlangsung dari 29 November 2019 hingga 12 Januari 2020 telah membuktikan penyertaan yang memberangsangkan dari penggemar Marrybrown di seluruh negara. Marrybrown menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM380,000 kepada 200 orang pemenang mingguan selama enam minggu berturut-turut.

Untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu melengkapkan 3 langkah yang mudah : buat pembelian minimum RM25 dalam satu resit di mana-mana restoran Marrybrown, dapatkan kod unik, dan masukkan kod unik tersebut di laman web Marrybrown Makan dan Menang KAW KAW – untuk memastikan bahawa setiap pelanggan Marrybrown mempunyai peluang yang sama untuk turut serta.

Pemenang bertuah yang lain telah membawa pulang hadiah-hadiah berikut :

  • 6 x Wang Tunai RM10,000 setiap satu
  • 6 x 65” LG siri UM bernilai RM 4,099 setiap satu
  • 12 x GoPro Hero 8 bernilai RM1,800 setiap satu
  • 12 x Vivo V17 Pro bernilai RM1,699 setiap satu
  • 18 x Sony Earphone WF1000xm3 bernilai RM949
  • 120 x Wang Tunai RM500
  • 1,200 x MB Gift Voucher bernilai RM50

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown serta perkhidmatan, sila kunjungi Facebook Marrybrown Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Pemenang Utama Proton X70 Peraduan Makan & Menang Marrybrown

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *