April 29, 2024

Pemenang Peraduan Jom Cuti Sakan Anjuran KOPETRO

Pemenang Peraduan Jom Cuti Sakan KOPETRO

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Peraduan Jom Cuti Sakan KOPETRO anjuran Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel.

Pemenang kempen Jom Cuti Sakan diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Ketumbar by Rathnor, Megan Avenue II.

Sejumlah 29 orang pembeli bertuah terpilih sebagai pemenang kempen yang telah berlangsung dari 1 Mac sehingga 30 Jun yang lalu.

Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000 apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.

Kempen ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sepanjang tempoh kempen dengan hampir 300 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam, pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga pakej-pakej lokasi ikonik yang lain.

Roslan Abdul Rahim

Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah memberi sokongan kepada koperasi tersebut dengan mendapatkan pakej pelancongan dan pelbagai servis melalui KOPETRO Travel.

“KOPETRO sentiasa mencari inisiatif untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan. Melalui kempen Jom Cuti Sakan dan majlis penyampaian hadiah ini, kami komited untuk memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan kami dan dalam masa sama, menghargai segala sokongan yang diberikan oleh mereka,”

Pada majlis tersebut, Roslan turut mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh mendapatkan pakej pelancongan daripada KOPETRO Travel dan juga barangan keluaran KOPETRO yang lain secara dalam talian di PETRONAS Shop melalui link https://bit.ly/43Ouglf.

“Melalui kerjasama bersama PETRONAS Shop, produk KOPETRO kini boleh didapati di laman sesawang PETRONAS Shop. Kami yakin produk KOPETRO yang ditawarkan di PETRONAS Shop ini akan memberi akses mudah kepada Anggota KOPETRO dan orang ramai untuk mendapatkan pakej pelancongan KOPETRO di atas talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter,”

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, berkata, kempen Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi keduanya ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana pendapatan yang baik untuk syarikat.

Pemenang Jom Cuti Sakan KOPETRO

“Jom Cuti Sakan adalah satu jenama di bawah KOPETRO Travel yang menawarkan pelbagai promosi percutian hebat untuk pelanggan. Melalui kempen terbaharu ini, KOPETRO Travel telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tempoh kempen,”

KOPETRO Travel @ MATTA Fair Kuala Lumpur (1 – 3 September 2023)

Tambah Ahmad Shakir, KOPETRO Travel juga akan turut serta di dalam pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1 – 3 September 2023 nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Beliau menyeru orang ramai mereka yang inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan ‘harga runtuh’ di acara itu nanti.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel boleh menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, serta melayari laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok untuk informasi dan promosi terbaharu.

KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *