Pejam celik, pejam celik raya tak lama lagi.
Rasanya tahun nie, Bro nak tangkap kereta baru – Proton X70 selain langir baru, perabot baru, baju baru, bini baru (eh… eh.. Eh… gurau je….).
Sebut pasal Proton X70, Bro nak kongsikan dengan korang peraduan yang menarik sempena raya tahun ini dimana korang boleh memenangi hadiah utama, yakni Proton X70.
Dah la cara untuk sertainya mudah sangat.
Peraduan merupakan anjuran Yeo’s Malaysia dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Sekiranya korang berumur 18 tahun kebawah, korang kena dapatkan kebenaran daripada penjaga.
Tempoh peraduan bermula dari 15 April 2019 pada 12.00 pagi dan ditutup pada 9 Jun 2019 pukul 11.59 malam.
Cara Untuk Sertai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya
Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, korang hendaklah mematuhi setiap langkah yang berikut:-
Langkah 1 : Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi.
Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)
Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.
Langkah 2 : Buka aplikasi WhatsApp anda, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
- Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
- Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
Langkah 3 : Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873 Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4 : Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.
Senarai Hadiah Peraduan Yeo’s Raya Bergaya
- Hadiah Utama : 1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD
- Hadiah Mingguan : 200 x RM500.00 Wang Tunai (25 pemenang x 8 minggu)
Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan disahkan oleh Penganjur.
Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang.
Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya.
Korang kena sertai peraduan ini setiap minggu bagi meningkatkan lagi peluang anda memenangi hadiah utama – Proton X70.
Sesambil itu, mana tahu dapat wang tunai bernilai RM500 setiap minggu. Ada juga duit lebih untuk anda beraya tahun ini.
Mesti korang terfikir nak beli produk Yeo’s yang mana satu untuk sertai peraduan ini.
Disini Bro ingin cadangkan korang dapatkan Yeo’s Susu Soya 1 Liter yang kini hadir dalam botol baharu.
Mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan.
Paling penting, ianya mudah dikitar semula.
Maka, korang boleh borong banyak-banyak untuk sertai peraduan ini dan simpan untuk bekalan sewaktu raya nanti. Ok pe, sajikan Yeo’s Susu Soya kepada tetamu yang datang beraya ke rumah anda ;)
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Yeo’s Raya Bergaya anda boleh layari www.yeos.com.my.