HP Malaysia telah mengumumkan strategi tersedia masa depannya atau dikenali juga sebagai strategi “Future Ready” bagi tahun 2023.
Memberi tumpuan terhadap merevolusikan cara bekerja dan bermain dengan penekanan pada inovasi dan kemampanan.
Semasa acara berlangsung, HP melancarkan rangkaian produk baharu sebagai sebahagian daripada portfolio Future-Ready miliknya, yang memperkasa individu dan perniagaan untuk mencapai potensi penuh mereka dalam landskap hibrid yang semakin berkembang.
Komputer riba permainan OMEN 16 oleh HP dan Victus 16 oleh HP merevolusikan kemungkinan untuk bekerja dan bermain serta disepadukan dengan aksesori permainan HyperX untuk meningkatkan pengalaman permainan secara menyeluruh.
HP juga memperkenalkan HP ZBook Firefly G10 dan HP ZBook Power G10 untuk memperkasa tenaga kerja hibrid di Malaysia.
Ini termasuklah HP Smart Tank 520/580, siri HP LaserJet Managed E800/700 dan HP Color LaserJet Enterprise 5000/6000 dan siri X500/X600 untuk percetakan pintar dan menjimatkan.
Visi dan tindakan Future-Ready oleh HP amat berkait rapat dengan pelanggannya, yang merupakan pusat kepada segala yang dilakukan HP.
Tiga teras utama untuk strategi Future-Ready ini ialah:
- Future Ready Portfolio – mewujudkan portfolio yang lebih berorientasikan pertumbuhan dengan menyesuaikan tawarannya dengan cara baharu orang menjalani kehidupan, bekerja dan bermain.
- Future Ready Operations – memacu kecemerlangan operasi merentasi setiap aspek perniagaan.
- Future Ready People – memperkasa warga kerjanya dengan budaya kerja berobjektif.
“Di HP, kami terus mengembangkan portfolio peranti bertaraf dunia kami yang direka untuk membawa kolaborasi yang hebat, produktiviti dan pengalaman terbaik untuk pengguna – sama ada ketika bekerja, bermain atau berhubung dengan rakan dan komuniti mereka.
Portfolio ‘Future Rady’ yang kami lancarkan hari ini akan memperkasa rakyat Malaysia untuk menerima sepenuhnya cara kerja dan bermain baharu pada bila-bila masa, di mana sahaja.” – kata Alex Tan, Pengarah Urusan, HP Malaysia.
Penambahan baharu kepada portfolio Future-Ready HP termasuk:
Gaya Kerja Hibrid
Berkerja secara hibrid bukan sahaja berfungsi dari jauh – ia melibatkan penyampaian pengalaman yang berfungsi dengan lancar untuk mereka yang berkerja di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.
Hanya 22 peratus pekerja mengatakan bahawa mereka berkembang maju secara profesional apabila berkerja secara hibrid, dengan itu, syarikat-syarikat berusaha mencari jalan bagi mengimplimentasi gaya kerja hibrid secara efektif.
Menurut kajian Masa Depan Kerja HP, 80 peratus pekerja ingin berada di pejabat pada suatu masa tertentu, tetapi banyak syarikat masih bergelut mendapatkan pekerja untuk kembali ke pejabat.
Rangkaian peranti tersedia hibrid terbaru HP direka bagi memperkukuhkan lagi persekitaran kerja hibrid di Malaysia dengan:
1. HP ZBook Firefly G10 direka dengan prestasi bertahap profesional. Ia mempunyai pelbagai port bagi memudahkan pengguna mengerjakan beberapa tugas dalam satu-satu masa.
Ia juga dilengkapi dengan HP Presence, hayat bateri sehingga 13 jam yang membolehkan pengguna kekal produktif dengan komponen bertahap profesional, kamera web yang dipertingkatkan dengan AI dan paparan yang menakjubkan.
ZBook Firefly G10 boleh didapati dengan harga bermula RM5,734.
2. HP ZBook Power G10 membantu meningkatkan produktiviti dan membantu pengguna menyelesaikan banyak tugas dalam satu-satu masa.
Komputer riba ini dilengkapi dengan HP Presence yang telah dipertingkatkan, dan storan NVMe tempatan, serta grafik laptop siri 40 NVIDIA® RTXTM. Ia juga ada, kamera 5MP pembingkaian automatik, Wi-Fi6 dan bateri yang tahan lama.
ZBook Power G10 boleh didapati dengan harga bermula RM8,078.
3. HP ProBook 400 Series G10, komputer riba HP ProBook 400 Series G10 direka untuk pekerjaan hibrid dan perkongsian, dengan kamera IR 5MP, perisian HP Context Aware, sehingga 32GB memori LPDDR5 serta menjaga keselamatan siber dan kebolehurusan sistem untuk syarikat.
ZBook Firefly G10 boleh didapati dengan harga bermula RM3,849.
Inovasi Permainan
HP telah memperkenalkan produk computer riba permainan baharu yang memenuhi keperluan para pemain, daripada mereka yang baru bermula sehinggalah kepada pemain esport profesional.
Komputer riba permainan OMEN 16 oleh HP dan Victus 16 oleh HP baharu, yang direka khusus untuk permainan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Komputer riba ini disepadukan dengan peranti permainan HyperX terkini, membolehkan pemain menikmati sepenuhnya pengalaman permainan mereka.
Inovasi produk terkini untuk permainan daripada HP ialah:
1. HP OMEN Transcend 16, komputer riba permainan HP yang paling nipis dan ringan, dengan teknologi berkuasa AI yang menawarkan kecekapan penuh dan OMEN Tempest Cooling yang unggul untuk membawa permainan anda ke tahap seterusnya.
Ia tersedia dengan skrin LED mini 240Hz sehingga 16:10, Intel® Core™ i7 Generasi ke-13 atau AMD Ryzen™ 9.
HP OMEN Transcend 16 boleh didapati dengan harga bermula RM10,999.
2. OMEN 16 by HP, komputer riba permainan dengan teknologi berkuasa AI yang menawarkan kecekapan penuh dan OMEN Tempest Cooling yang unggul untuk membawa permainan ke tahap seterusnya.
Ia dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ i9 Generasi ke-13 atau pemproses AMD Ryzen™ 9 7000 Series dan grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 4070.
OMEN 16 oleh HP boleh didapati dengan harga bermula RM6,899.
3. Komputer riba permainan Victus 16 by HP menawarkan prestasi yang tiada tandingan dan buat pertama kalinya, menggunakan teknologi OMEN Tempest Cooling yang direvolusikan untuk pengalaman permainan tanpa gangguan.
Ia juga menawarkan paparan FHD 144Hz dan papan kekunci permainan serba guna. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-13 atau pemproses AMD Ryzen™ 7 7000 Series dan grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 4070.
Victus oleh HP 16 boleh didapati dengan harga bermula RM4,149.
Percetakan
HP juga telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian pencetakan pintar terbarunya untuk memenuhi keperluan berkerja secara hibrid di rumah dan pejabat, menyediakan cara yang lebih produktif dan selamat untuk bekerja sambil membawa kesedaran dan kelestarian alam sekitar kepada aliran kerja pengguna.
Percetakan di rumah
1. HP Smart Tank 520/580 direka untuk menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti perniagaan mikro, kecil dan sederhana, serta keperluan percetakan harian pengguna di rumah.
Ia memberikan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dengan persediaan yang intuitif dan lancar, ciri pintar dan juga ketersambungan yang lebih baik – termasuk Wi-Fi® dengan mod pemulihan kendiri dan mobiliti dengan Aplikasi Pintar, membolehkan pengguna mengimbas dan mencetak dari mana-mana sahaja dengan lancar.
HP Smart Tank 520/580 boleh didapati dengan harga bermula RM419.
Percetakan di pejabat
1. Siri HP LaserJet Managed MFP E800/700 dilengkapi dengan teknologi Flow generasi akan datang yang menampilkan penderiaan automatik, pengeditan digital pada skrin dan pengimbasan/penghantaran ke pelbagai destinasi.
Siri ini direka bentuk untuk melindungi pengguna daripada kod hasad dan mengekalkan integriti data dengan cip dan perisian tegar yang kalis gangguan.
HP LaserJet Managed MFP E800/700 boleh didapati sekarang.
2. Siri HP Color LaserJet Enterprise 5000, 6000, X600, dan X500 Siri HP Color LaserJet Enterprise 5000, 6000, X600 dan X500 direka untuk menyampaikan keupayaan lanjutan yang membantu mentransformasi aliran kerja demi produktiviti yang dipertingkatkan dan pengurusan dokumen seiring dengan saiz syarikat; dibina untuk pejabat yang direka semula, ia memberikan produktiviti dan kecekapan mesin penyalin A3 pada kos pencetak A4.
Pencetak reka bentuk semula ini hadir untuk menyokong permintaan perniagaan hari ini dan yang akan datang.
HP Color LaserJet Enterprise 5000/6000 dan X500/X600 boleh didapati mulai Ogos.
Sebagai sebahagian daripada misinya untuk memperkasakan pelanggan dengan pengalaman pencetakan yang lebih baik, teknologi toner HP TerraJet baharu memberikan pencetakan pejabat yang paling mampan dan prestasi tertinggi yang pernah dicapai oleh HP.
TerraJet ialah teknologi toner termaju yang memerlukan 27 peratus kurang tenaga semasa mencetak, sehingga 78 peratus pengurangan dalam penggunaan plastik, pada masa sama menghasilkan cetakan yang lebih jelas dan terperinci dengan sehingga 20 peratus lebih banyak warna boleh dicetak.
Kartrij HP TerraJet mempunyai jejak karbon yang lebih rendah berbanding produk sebelumnya dan disertakan dalam penyelesaian percetakan baharu untuk perniagaan kecil sehinggalah kepada perniagaan besar.