April 20, 2025

T-Shirt #AirAsiaMAKNA Kumpul Dana Untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA)

T-Shirt AirAsiaMAKNAAirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA).

Ianya berharga RM30 sehelai dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi lelaki dan perempuan. Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri.

T-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut.

Ianya secara tidak langsung mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar

Kesemua hasil dari jualan t-shirt ini akan disalurkan terus kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. Kami berharap dapat membantu dan menyumbang terhadap membasmi kanser, begitu juga dalam memberikan kebajikan yang diperlukan bagi mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen #AirAsiaMAKNA.

Lebih dari seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan dari MAKNA dan kami berharap dapat meningkatkan lagi jumlah tersebut menerusi jumlah yang terkumpul dari kempen ini.

Lebih penting lagi, kempen ini direka khas bagi memberi kesedaran dan memastikan masyarakat awam mengetahui dan memahami mengenai kanser. MAKNA juga akan hadir di kesemua lokasi jualan kami bagi memberikan informasi mengenai cara-cara menghindari kanser dan servis yang mereka tawarkan kepada pesakit kanser.

Rekaan t-shirt ini adalah sangat ranggi dan kami fikir adalah cara positif memberi perhatian kepada isu ini, dan juga menjadi ‘papan iklan bergerak’ bagi kesedaran kanser

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata

Kanser adalah ancaman global telah membuat MAKNA terus bekerja bagi memastikan kes-kes kanser yang baru kekal pada tahap yang rendah. Usaha ini memerlukan kesedaran dan sokongan berterusan dari semua.

Program mencegah adalah penting bagi mengekalkan jumlah mereka yang terselamat adalah tinggi menerusi pengesanan awal. Unit mudah alih Mamogram MAKNA juga bertujuan mengesan tanda awal kanser payu dara yang merupakan pembunuh no.1 wanita.

Kerjasama dengan AirAsia Berhad adalah peluang bagi kami menyuarakan seruan nasional dan menekankan kepentingan kehidupan yang sihat. Kami berharap kempen ini memainkan peranan yang lebih penting dan menghantar mesej yang penuh makna kepada masyarakat awam serta memberi rasa murni memakai t-shirt terhad dengan rekaan istimewa ini dan berharap dapat memeriksa kesihatan diri mereka dengan lebih kerap.

Lokasi Untuk Miliki T-shirt #AirAsiaMAKNA

T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:

  • Beach Market Bazaar – Taman Gelora, Kuantan, Pahang (8th, 9th, 10th May 2015 10am – 10pm)
  • Graduan Aspire 2015 – KL Convention Centre, Kuala Lumpur (9 & 10 May 2015 12pm – 6pm)
  • Taylor’s University Lakeside Campus – Subang Jaya, Selangor (13 May 2015 10am – 4pm)
  • AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang – Gurney Paragon Shopping Mall, Persiaran Gurney, Penang (16 – 17 May 2015 10am – 10pm)
  • AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya – Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor (29 – 31 May 2015 10am – 10pm)

Jualan t-shirt bagi kempen ini direka sebagai acara di mana AirAsia dan MAKNA dapat hadir bersama bagi memberi kesedaran terhadap kanser menerusi informasi yang diberikan di kesemua lokasi acara tersebut.

Cita Nak Jadi Pilot Kapal Terbang.

Peraduan #AirAsiaMAKNA Menang Tiket Penerbangan

AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini.

Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA.

Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Jun.

Masyarakat awam juga boleh melawat http://www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

Avenue K Rooftop Background Petronas Twin Tower KLCC
Bicara Bro : Nampak penuh dengan kemachoan bila memakai T-Shirt ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *