February 8, 2025

Pra-Tempahan Oppo F5 Edisi Fattah Amin Bermula 5 Januari 2018

OPPO F5 Fattah Amin’s Limited Edition
Oppo Malaysia membuka pra-tempahan untuk telefon pintar edisi khas OPPO F5, iaitu OPPO F5 Fattah Amin Special Edition.

Secara ringkasnya, ia menawarkan spesifikasi dan rekaan lebih kurang sama – tetapi dengan beberapa kandungan tambahan, dan hadiah percuma bertemakan Fattah Amin.

OPPO F5 Fattah Amin Special Edition ini hadir dengan skrin 6-inci dengan rekaan HD penuh, dilengkapi cip MediaTek Helio P23, 4GB RAM, storan 32GB dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Ia turut dilengkapi 16-megapixel dan kamera selfie 20-megapixel.

BACA : OPPO F5 6GB Edisi Merah Bertatahkan Kristal Swarovski (Neelofa)

Video ini khas dari Fattah Amin buat peminatnya terutamanya wanita sempena pelancaran OPPO F5 Fattah Amin Special Edition.

Pasti anda tidak akan terlepas untuk memilikinya.

Oppo turut menyertakan kandungan khusus tambahan berbentuk nada dering dengan suara Fattah Amin, koleksi gambar Fattah Amin, serta kerangka luar khusus dengan lakaran Fattah Amin.

OPPO F5 Fattah Amin Special Edition dijual pada harga RM1,298 & pra-tempahan boleh buat mulai 5 Januari 2018 di http://www.oppostore.com.my/products/f5fattahamin/

Bicara Bro : Pasti ramai peminat perempuan akan membelinya, siap boleh tenung koleksi gambar Fattah Amin setiap hari. Belum lagi yang dok dengar nada dering dengan suara Fattah Amin sebelum tidur.

Tapi kalau lelaki yang beli? Maybe dorang delete gambar Fattah Amin tue kecuali mereka geng serai hahaha

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *