Heboh dilaman sosial bila Rapid KL memuat naik gambar kelibat Patung Anabelle yang berada di tempat duduk MRT dan atas mesin pengimbas tiket dilaman sosial mereka.
Status berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
“Pelanggan yang kami hormati, baru-baru ini kami selalu menerima kunjungan dari Annabelle. Jaga tingkah laku anda bila menaiki keretapi kami atau… Dia akan menghantui anda selamanya.” – Rapid KL.
Perkara ini tidak berhenti disana bila beberapa gambar Patung Annabelle berada di sekitar Kuala Lumpur turut dimuat naik dilaman sosial.
Bergambar Dengan Annabelle di Suria KLCC
Bro juga salah seorang yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Patung Annabelle ketika berada di KLCC baru ini.
Seram bukan?
Tak sangka aktiviti Bro bersama rakan-rakan untuk mempromosikan Filem Annabelle mampu menjadi viral dengan mesej positif terutamanya dari pihak Rapid KL.
Disini Bro kongsikan beberapa gambar yang kami ambil bersama Patung Annabelle disekitar Kuala Lumpur.

Lepas kita layan gambar, jom layan trailer Filem Annabelle pula.
Apa-apa pun sama-sama kita tunggu Filem terbaru #AnnabelleCreationMY dipawagam berdekatan anda mulai 10 Ogos 2017 jika korang nak tahu asal usulnya.
Alaaaaa…memang SA x berani la nak pi tgok..SA ni penakut…
Nak Bro temankan x? Janji tengok wayang je bukan g layan karaoke hahahaha
Wahhh menarik ni.. mmg suka citer seram termasuk Annabelle ni. Cuma nak tengok wayang puan mem takut, so ajak anak jelah nnti. Klu anak xnk ikut terpaksa la cari peneman lain, eh! Thanks sharing bro :)
Wah dah xlama dah nk kluar muvie annabelle yg baru huhu
Rasukan Annabelle telah mula menghantui Malaysia. Wakakakak ni boleh buat viral ni tak sabar nak tonton…
Wajib tengok ni sebab CCL suka filem seram-seram . Harap annabelle ni seramnya luar biasa lagi
Bro…nak patung tu boleh? Nak jadikan peneman tido. Kalau tak boleh..bro kena bagi tiket free utk cite tu..hehehe
Tak berani lah nak tengok, tengok gambar pun dah seram, ini kan pula filem hahaha
warghhh seramnya. macam real! kalau malam-malam jumpa di stesen LRT ni macam manalah agaknya. minta simpang!
Hahaha… tengok bro pun dah seram. Inikan pulak tambah Annabelle…. hehe, gurau je
wow good pics, I like horror movie! I wanna watch this movie.
Bestnye!!!
Tahniah utk RapidKL sebab semakib bijak menangani pelanggannya
tak seram ke bro….ahaha
Memang serammmm la kalau Annabelle tiba tiba muncul tepi kita. I watched the movie in the cinema, memang like it so much.