Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang.
Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes.
Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi.
Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan
(BMI) yang sihat.
Sarapan Pagi Bersama Biskut belVita Breakfast
Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat.
Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.
Mondel?z Malaysia (Mondel?z), kini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats).
Kehadiran perasa baru ini menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.
Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.
Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.
Ia akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017 dalam dua (2) pilihan pek : 80g (RM2.90) & 160g (RM5.20).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.mondelezinternational.com
Biskut Belvita ni mmg sedap.. kalau makan takleh nak berhenti.. nak try juga Belvita Breakfast ni juga nanti.
Tak pernah ty juga.. Kena cuba nie
Bagus biskut ini..sangat sesuai untuk warga emas yang ada sakit diabetis..kenyang dan berkhasiat