Betul ke lelaki berkepala botak ini, nampak seksi orangnya?
Terdapat kajian yang dijalankan mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih seksi, maskulin dan setia.
Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakian dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.
Jadi tidak hairanlah sekiranya anda mendapati lelaki-lelaki botak di luar sana mempunyai isteri dan teman-teman wanita yang lebih hot berbanding dengan anda.
Sumber : Taikotai.tv
Teringin Berkepala Botak, Risau Nampak Seksi Dimata Wanita Lain
Genap setahun Bro simpan rambut panjang sampai ada makcik bertanya, bila Bro nak berhijrah pakai tudung (mentang2 la Bro ini househusband, dok rumah jaga anak he…23x)
Kali ini teringin nak berkepala botak.
Ini semua gara-gara tengok video clip Pitbull di Youtube.
Sebelum ini pernah beberapa kali berkepala botak, cuma tak botak licin la.
Itu pun masa sekolah dulu, dan juga beberapa bulan sebelum mendirikan rumah tangga. Waktu itu terasa kepala ringan sangat, hilang stress seketika nak berkahwin he…23x
Cuma kali ini, risau pula nak membotakkan kepala. Risau nampak seksi dimata perempuan lain, tak pasal-pasal ada yang ajak pergi karaoke (walaupun tak minat karaoke).
Bro ada beberapa kenalan yang berkepala botak, dah macam trademark mereka pula. Jom baca sedikit perkongsian dari mereka.
Botak Kerana Faktor Genatik
Menurut kenalan Bro, Terence Dass – Pengacara Selamat Pagi Malaysia, TV1 dan pengacara majlis, meyakini botak yang dialaminya berpunca daripada faktor genetik.
Ini kerana ayahnya juga botak walaupun ketika itu berusia 40-an.
Mungkin juga apabila tiba pada dirinya, faktor genetik membawa kepada kepala botak itu dipercepatkan dan dia mengalaminya pada usia yang sangat muda, iaitu 20 tahun.
Kredit Gambar : Menang iPad Mini | Sumber : Utusan Malaysia
Tak Perlu Risau Tentang Masalah Rambut
Kenalan Blogger, Afzal Sukasuki yang mula membotakkan dirinya sewaktu menimang cahaya mata pertama.
Waktu itu, dia hadapi masalah rambut
Kalau ikutkan, beliau berasa kurang berkeyakinan pada mulanya. Tetapi kini, beliau lebih selesa berkepala botak dan nampak lebih berkenyakinan.
Bagi beliau, botak membuatkan dia nampak seksi dan tidak perlu risau mengenai masalah rambut.
Nampak Lebih Kemas dan Menarik Perhatian
Berlainan pula dengan Rakan Photographer Fad Ali,
Lebih selesa botakkan kepala kerana bagi beliau botak itu nampak lebih kemas dan menarik perhatian.
Ianya lebih sesuai dengan penampilan beliau sebagai photographer (identiti kot) dan minyak rambut pun jimat.
Bagaimanapun, Seksi itu bergantung pada pandangan masing-masing.
1,000 Like Untuk Botakkan Kepala
Please, jangan like.
Teringin nak botakkan kepala….
Cukup 1,000 like, gua botakkan kepala…..
Posted by Syukri Mohammad Nor on Friday, August 4, 2017
Bro memang wajar botak.. Bukan gunting rambut 1 inci..
Sebab saya yakin bro lebih seksi, comel dan wibawa..
Hehehehe
Bro part yg akhir “setia” tu x brp setuju..hehehe.
Sis 20 tahun kot sama gan org botak..so tahu lah sikit pasai depa
Mungkin berbeza zaman.. lelaki botak dulu dengan yang sekarang berbeza sikit hahahah
Dalam hidup saya, sekali je saya botakkan kepala. yang lain lebih selesa berambut panjang. hehehe. tapi teringin juga nak botak. tapi tunggu target saya capai, nak botak juga lah. ehhh. hehehe
http://www.mrejoy.com/
target? target nak dapatkan 1,000 like ke?
Bukan. nak dapat 100k. ulps.
Setengah orang sesuai botak. Setengah orang lagi elok ada rambut.
Heheee..
Terima kasih atas komen anda… saya anggap saya dalam kategori ‘orang yang lagi elok ada rambut’ he…23x
botak ni org kata macho…mcm the rock atau van diesel ok ja…heeh
nak bayang bro botak jap hahahah
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Pestaim jejak kan kaki kat blog ni. NIce..
OMG saya pula tak suka tengok husband botak. Nampak nau nau cahaya keimanan beliau. Haha! :P
Botak ni selain nampak kemas, yang paling best kepala kita sentiasa sejuk terutamanya ketika mandi. Fuh, memang nikmat.
Yup betul tue…. pernah rasanya dedulu.. tp lama dah