January 26, 2025

Tajuk Asal Filem ‘Vik2ria Secret’ Adalah ‘Bra Merah’, Arahan AR Badul Dipawagam Mulai 15 Jun

Filem Vik2ria Secret

Baru Bro tahu,

Rupanya tajuk asal Filem ‘Vik2ria Secret’ arahan AR Badul yang akan ditayangkan dipawagam berdekatan anda pada 15 Jun ini, adalah ‘Bra Merah’.

Vik2ria Secret sudah dipelankan penerbitannya hasil idea dari Tuan Ata, Pegawai Khas mantan pengerusi Finas, Allahyarham Dato Kushairi yang memberi tajuk Bra Merah.

Selepas beberapa perbincangan bersama pihak panel Finas berkenaan tajuk filem ini, produksi bersetuju untuk menukar tajuk ini kepada Vik2Ria Secret, Ini jelas menunjukkan Filem ini telah melalui tempoh yang sudah lama di dalam perancangan.

Dibarisi oleh pelakon berpengalaman seperti Ropie, AR Badul, Annie Arifin, Man Raja Lawak, Fiza Halim dan ramai lagi.

Barisan Pelakon Filem Vik2ria Secret

Menurut penerbit Vik2ria Secret – Richaed Ung,

Vik2ria Secret merupakan Filem pertama yang mendapat bantuan Geran DKD Finas oleh pihak penerbit selepas lebih dari 10 filem telah diproduksi oleh Richard dan seperti apa yang disebut CEO Finas selama beliau menjawat jawatan CEO, tiada projek yang gagal disempurnakan dan ini adalah antara yang dalam senarai.

Dengan geran sebanyak RM550K, pihak penerbit perlu menggunakan segala pengalaman dan dana tambahan untuk menjayakan projek ini.

“Bayangkan sistem FInas yang amat ketat sekarang di mana hanya 30% dana akan diberi sehingga kesemua proses habis ini bererti pihak penerbit perlu ada dana sendiri kecuali penerbit memohon bantuan dari pihak lain seperti Mycreative Ventures yang dilaporkan perlu melalui pelbagai proses untuk membuat permohonan.”

Penggambaran dijalankan sejurus saja tamat PKP pandemik Covid19 bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada artis dan crew seperti yang dinasihatkan oleh Finas.

Proses berjalan lancar dan pengarah AR Badul amat berpuas hati kerana beliau kini mempunyai sokongan padu syarikat dari skrip hinggalah ke proses post produksi.

Sinopsis Filem ‘Vik2ria Secret’

Poster Filem Vik2ria Secret

Filem ini mengisahkan tentang Viki, seorang anak yatim piatu yang pulang ke Kampung Horni untuk menuntut harta pusaka peninggalan arwah maknya sekaligus menyelidik asal usul keluarganya.

Dalam perjalan pulang, dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib yang berimpian untuk membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”.

TOK KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB) kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI. Peluang cerah timbul kepada Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu.

Pelbagai kontroversi buat Tok KK makin bertindak tak rational dan menimbulkan kemarahan kepada Viki yang rasa kurang senang mengapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK kononnya perbuatan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak orang kampung.

Pembukaan Vik2ria Secrets mengundang gelagat lucu kepada penduduk Kampung Horni dan di sambut baik. Ini buat TOK KK rasa
lebih gelisah kerana hasrat dia bagi menghindarkan Viki terus tinggal di kampung makin susah kerana Viki mungkin merupakan anaknya hasil hubungan intim dengan pelayan bar tempat dia menyanyi sebagai “paperdoll” waktu dulu dulu.

Bagi mengelakkan perkara anak luar nikahnya diketahui yang boleh merosakkan imejnya kuncu dia telah bertindak sabotaj butik Vik2ria Secrets tanpa pengetahuannya.

Banyak insiden lucu berlaku akibat dari tindakan sebegitu terutama sekali SAAD pembantu Tok KK sehingga Viki hampir menyerah kalah dan tinggalkan Kampung Horni.

Apakah hubungan sebenar Tok KK dengan Viki? Adakah perniagaan Vik2ria Secrets berjaya diteruskan? Sama-sama kita saksikan Filem Vik2ria Secrets di pawagam berdekatan anda mulai 15 Jun 2023.

Loading

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Tajuk Asal Filem ‘Vik2ria Secret’ Adalah ‘Bra Merah’, Arahan AR Badul Dipawagam Mulai 15 Jun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *