May 21, 2024

Permainan Awan ‘NVIDIA GeForce NOW’ Dikuasakan Oleh YES 5G, Serendah RM30 Sebulan

Pameran NVIDIA GeForce Now

Jom kunjungi majlis pelancaran dan menikmati pengalaman bermain permainan awan ‘NVIDIA GeForce NOW’ Dikuasakan oleh Yes 5G di Starhill Bukit Bintang, dari 9 hingga 11 Jun 2023, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bersiap sedia para pemain di Malaysia, kerana Yes 5G bekerjasama dengan NVIDIA untuk memperkenalkan masa depan permainan di Malaysia dengan permainan awan yang maju, NVIDIA GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G.

Kini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada pengalaman muat turun permainan yang membosankan dan juga harga peranti permainan yang semakin tinggi dan pastikan bersedia untuk memulakan pengembaraan yang mendorong kepada landskap permainan peringkat tertinggi.

Pameran NVIDIA GeForce Now YES 5G

NVIDIA GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G ialah perkhidmatan permainan awan yang membolehkan anda membuat penstriman permainan PC kegemaran mereka secara langsung dari permainan awan, tanpa keperluan untuk peranti permainan yang mahal dan sistem muat turun yang mengambil masa yang lama.

Dengan kepentingan pada prestasi yang tinggi dan latensi rendah, GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G memberikan tahap keselesaan dan kemudahan akses yang lebih luas, kerana perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana peranti, sama ada komputer meja, komputer riba, TV pintar, Mac atau peranti mudah alih.

Dengan memanfaatkan GPU NVIDIA yang hebat dan berteknologi baru, anda dapat menikmati permainan yang lebih mendalam dengan pengalaman yang luar biasa.

Yes 5G oleh YTL Communications, terkenal dengan komitmen bagi penyelesaian ke atas sambungan yang terkini, menggunakan infrastruktur rangkaian 5G yang kukuh untuk menyokong keupayaan penstriman tanpa gangguan bagi aplikasi GeForce NOW.

Gabungan GPU NVIDIA yang berprestasi tinggi dan menggunakan teknologi rangkaian mudah alih Yes 5G akan mengubah pengalaman bermain permainan bagi pemain Malaysia, memberikan kelajuan maksima, latensi rendah, dan kualiti visual yang luar biasa.

Infrastruktur 5G yang kukuh dan sambungan internet yang semakin berkembang oleh Yes 5G akan memberikan pengalaman penstriman permainan awan yang tiada tandingan kepada pemain, mempamerkan kuasa GeForce NOW.

Komuniti permainan di Malaysia juga akan dapat akses yang lebih banyak kepada permainan berbanding daripada sebelum ini dan menyambungkan dengan pemain lain di seluruh dunia.

NVIDIA GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G kini secara rasmi adalah tersedia untuk semua rakyat Malaysia untuk diakses dan langganan. Pelan keahlian bermula serendah RM30.00 sebulan untuk pelanggan Yes 5G, dan RM50.00 sebulan untuk bagi pelanggan lain yang bukan di bawah Pelan Yes 5G.

Ciri-ciri pelan adalah termasuk akses permainan berterusan selama enam jam setiap sesi, akses kepada permainan percuma dan lebih 1,600 permainan yang boleh dibeli oleh pemain daripada platform lain (Steam, Epic Games Store, Ubisoft, dan lain-lain).

Alami Masa Depan Permainan dengan GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G

Pameran NVIDIA GeForce Now YES 5G

Sempena dengan pelancaran rasmi ini, bagi anda yang berada di Lembah Klang boleh melawat pameran pelancaran untuk mengalami penstriman permainan awan dengan latensi rendah dari GeForce NOW dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan seperti mesin gacha, putar dan menang, dan bilik gambar segera.

Anda mungkin juga dapat bertemu dengan cosplayer dan game streamer kegemaran anda di sana!

Tarikh: 10 Jun 2023 (Sabtu) hingga 11 Jun 2023 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur @ Foyer Pintu Masuk, Tingkat G

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman sosial kami di

Loading

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *