Biar betul!
Tak kan order foodpanda boleh menang hadiah sebuah rumah kondominium 3-bilik?
Yup betul. Tak tipu punya. Sempena 11.11 Single’s Day ini, foodpanda akan memberikan pelbagai hadiah hebat yang tidak boleh dilepaskan berjumlah RM720,000.
Apa yang lebih menarik ialah, seorang pengguna foodpanda yang bertuah akan membawa pulang hadiah utama yang mengagumkan iaitu sebuah kondominium 3-bilik dengan keluasan 972 kaki persegi di KAIA Heights, sebuah projek pembangunan baharu di Equine Park, yang ditaja oleh pemaju hartanah terkenal UEM Sunrise bernilai lebih daripada RM570,000.
Hadiah-hadiah lain termasuk:
- 10x Huawei Mate 50 Pro Kunlun + Watch GT2 + Freebuds Pro 2 bernilai RM7,000
- 10x iphone 14 Pro Max (128 GB) bernilai RM5,799
- 9x baucar foodpanda bernilai RM1,000
Nampak menarik bukan?
Kempen serba baharu ini menyentuh tentang perjalanan ke arah mengenali diri sendiri dalam mencari erti hidup seperti seekor panda yang sebenar.
Saksikan video yang memaparkan kisah bagaimana Pau-Pau, duta foodpanda berwarna merah jambu yang cilik, bersemangat dan disayangi ramai, bertemu dengan panda sebenar dan berhajat untuk meniru gaya hidup panda tersebut.
Memandangkan panda adalah sejenis haiwan yang tidak ambil pusing tentang persekitaran mereka dan kelihatan tenang serta bersantai dalam setiap tingkah laku mereka, foodpanda mendapati ia sememangnya selari dengan semangat di sebalik platform penghantaran makanan mereka.
“Kami berazam untuk membolehkan pelanggan kami yang sentiasa sibuk merasai sendiri betapa ringkas dan mudahnya penggunaan aplikasi foodpanda.
Kami mahu menunjukkan kepada semua bagaimana hidup mereka boleh menjadi lebih mudah jika mereka memilih untuk membuat pesanan melalui foodpanda dan kami percaya bahawa hasrat ini boleh dicapai menerusi kempen ‘Hidup Gaya Panda’ atau ‘Live Like A Panda’.
Kempen ini mengingatkan pengguna bahawa mereka boleh hidup dengan tenang dan bersantai, mengetahui bahawa foodpanda akan menghantar apa yang mereka inginkan terus ke rumah mereka,” – Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong.
Untuk Menang Seperti Seekor Panda, anda hanya perlu mengumpulkan mata setiap kali anda menggunakan aplikasi foodpanda untuk penghantaran, pengambilan makanan dan berbelanja di pandamart.
Lebih tinggi nilai pesanan anda, lebih banyak mata yang boleh dikumpulkan:
- Untuk pesanan bernilai RM20.00 – RM30.00 = 1 mata
- Untuk pesanan bernilai RM30.01 – RM40.00 = 2 mata
- Untuk pesanan bernilai RM40.01 dan ke atas = 3 mata
Gunakan kod promosi ‘PANDA’ apabila anda membuat pembayaran untuk melayakkan diri dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Semua pelanggan pandapro akan memperolehi mata berganda secara automatik untuk semua pesanan yang dibuat dan mereka yang belum melanggan juga boleh mendapatkan mata berganda semasa minggu 11.11 (7 hingga 13 November). Pertandingan istimewa ini berlangsung dari 1 hingga 30 November 2022.
One thought on “Order foodpanda Boleh Menang Rumah Kondominium 3-bilik!”