McDonald’s Malaysia mengajak rakyat Malaysia mencuba burger daging klasik dalam senarai menunya setelah membuat beberapa perubahan yang mampu membawa kelainan dalam setiap kunyahan!
Dengan perubahan melibatkan kaedah penyediaan dan teknik masakan, McDonald’s dengan sukacitanya memperkenalkan pengalaman menikmati daging burger yang sempurna, yang pastinya dijamin lebih panas, empuk dan sedap!
Burger daging yang dihidangkan McDonald’s kepada para pelanggannya bukanlah sekadar hidangan. Malah, McDonald’s melakukan yang terbaik daripada pelbagai segi bagi memastikan setiap kepingan daging burgernya disediakan dan dimasak berdasarkan piawaian tertinggi yang telah ditetapkan.
Ini termasuklah menaik taraf kelengkapan dapur di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara.
Selain itu, latihan yang menyeluruh telah diberikan kepada setiap kru McDononald’s agar mereka dapat membiasakan diri dengan proses penyediaan dan masakan yang baru untuk hidangan burger daging, bagi memastikan ia menepati kualiti tertinggi (gold standard) yang diinginkan, pada setiap masa.
Antara perubahan kecil tetapi memberikan kesan signifikan yang dilakukan McDonald’s terhadap burger daging klasiknya termasuklah:
- Roti ban lebih gebu dan berkilat yang dimasak sempurna dengan warna keemasan dan dihidangkan panas-panas
- Kepingan daging yang diperasakan dan dibakar sempurna dalam kumpulan lebih kecil bagi memastikan ia kekal empuk untuk dinikmati
- Meletakkan bawang secara terus di atas kepingan daging semasa ia sedang digril bagi memperhebatkan lagi rasa
- Kepingan keju yang diimport dari New Zealand dilembutkan sempurna dengan purata suhu 17.5°C untuk sensasi keju cair yang lebih nikmat
- Menggunakan bekas simpanan bersaiz lebih kecil untuk memastikan sayur-sayuran kekal segar dan rangup, dan
- Menambah lebih banyak sos enak Big Mac untuk memperhebatkan lagi rasa burger daripada awal sehinggalah pelanggan menghabiskan burger mereka
Burger daging ikonik McDonald’s padat dengan rasa kerana kepingan dagingnya merupakan daging import dari Australia, New Zealand dan Brazil yang 100 peratus tulen dan dijamin halal.
“Perubahan yang dibuat terhadap burger daging klasik ini bertujuan memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan burger mereka lebih panas, empuk dan sedap.
Perubahan kecil yang dilakukan melibatkan cara penyediaan dan masakan burger daging klasik kami yang sememangnya mewujudkan kelainan yang sangat ketara, yang boleh dirasai sendiri oleh para pelanggan kami,” – Melati Abdul Hai, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
Sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan, McDonald’s juga akan memperkenalkan promosi istimewa selama satu hari pada 15 Oktober di mana peminat burger daging boleh membeli Double Cheeseburger Medium McValue Meal dengan hanya RM10.95.
McDonald’s juga berhasrat mencipta rekod ‘Burger Daging Paling Banyak Dijual dalam 24 Jam’ untuk Malaysia Book of Records.
Promosi ini ditawarkan di semua restoran McDonald’s di seluruh negara melalui semua saluran sama ada makan di restoran, pandu-lalu atau penghantaran ke rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai burger daging ikonik McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my