Merupakan salah satu lokasi persinggahan bro di Jakarta sepanjang travel bro di Indonesia bersama Air Asia.
Plaza Senayan merupakan salah satu lokasi tumpuan warga Jakarta dimana waktu siang merupakan lokasi yang sibuk dengan urusan perniagaan.
Pada waktu malam pula kawasan ini menjadi tumpuan mereka yang ingin berhibur.
Maka ini merupakan lokasi yang sesuai untuk dikunjungi anda sekiranya datang ke Kota Jakarta dimana penerbangan lebih 3x sehari dengan Air Asia.
Sekiranya anda singgah ke Plaza Senayan, jangan lupa menikmati aroma kopi di Monolog Coffee.
Persekitarannya agak selesa bagi bro.
Tak terlalu crowded walaupun pada waktu sibuk. Terdapat 2 lokasi disediakan didalam premis iaitu lokasi merokok dan tidak merokok.
Pada meja tertentu,
Terdapat mereka yang sibuk membincangkan mengenai perniagaan bersama klient masing-masing. Di satu sudut lagi, terdapat perlancong menjamu selera bersama (sama seperti bro juga).
Ada satu meja lagi, satu keluarga berkumpul.
Bro di sini nak cuba sesuatu yang menarik, dan pelayan mengatakan kebanyakan menu di sini memang menarik.
Maka bro order Wagyu Burger Steak pada harga Rp 88,000
Daging homemake didatangkan bersama onion ring yang mampu memberi aroma memukau dibasahi dengan black paper source.
Minuman yang bro minta pula adalah Fruit Flavored Iced Tea (dengan isinya buah peach) pada harga Rp 32,000.
Sekiranya anda berminat, anda boleh datang ke premis mereka di
Monolog Coffee
Plaza Senayan CP 101 B, Palm Gate Entrance
Jl. Asia Afrika No. 8
Jakarta 10270
Phone : +6221 572 5144 fax : +6221 572 5146
twitter @monologcoffee
Bicara Bro : Sekiranya nak cari business, Plaza Senayan salah satu lokasi dalam senarai. Dan Monolog Coffee boleh dijadikan lokasi pertemuan.
Wifi disediakan.
Travel Blog Indonesia ditaja sepenuhnya oleh Air Asia.
saya rasa lah kan, balik malaysia nanti mesti badan bro bertambah tough :p hehehe..
Badan dah membulat dah nie..
Balik Malaysia pun asik makan-makan dan makan je nie
makan daging lagi??haha
Disebabkan oleh Selayang Burger Grill sampai sekarang bro dok perkena daging je nie
InsyaAllah.. kalau ke sana bisa saja nyusul ke Monolog Coffee..
Onion rings?? Hohoho… my fav snack… tapau satu maliii…
tapau satu.. mai sana makan lagi best :)
Nampak cam cantek jugak cafe nie… ade tiga nie je ke gambar bro
Maaf, tak banyak pic yang bro upload.
Nanti ada masa, bro tambah dari masa ke semasa :)
cool tmpat mkn dia.. memang nmpk selesa
Memang selasa pun,
Nanti bro tambah gambar dari masa ke semasa ek?
alright bro.. t da upload tag la kat fb..hehe
makan je nih
kesihatan kena jaga bro :)
jalan-jalan kena makan, macam nie la jadinye
Plaza senayan.. Nama yang menarik.. Seakan-akan nama Wisma Sanyan Di Sibu, Sarawak.. Monolog Coffee ni nampak classic.. Tentu menarik tempat ni.. Ala-ala tempat koboi “ngeteh” macam dalam cerita Mexico…
Memang classic tempatnya…
Senayan itu nama hari, orang jawa selalu sebut.
Menarik dan ekslusif tempatnya. Kalau minum terasa macam orang ada-ada. :-)
memang ada rasa ada-ada juga.
harga lebih kurang je dengan Starbuck dekat Indonesia
Nurul lebih tertarik kepada makanan.. hehehe
Itu sudah pasti…
Lepas nie kena selalu update blog pasal makanan je la…
Asalkan tak lupa nak timbang berat ek
fuh..makanan yang mengoda..rasa2 kalau Jay buat blog pasal makanan ok tak??hehehe