Akhirnya dapat juga berbual dan bergambar dengan rakan blogger – Aida Sue. Selama ini, hanya berkomunikasi melalui facebook dan twitter sahaja.
Sedangkan ada beberapa kali bertemu, tetapi tak bertegur. Sombongkah kami?
Bukan sombong.
Masing-masing ada komitment masing-masing.
Pertama kali Bro mengenali beliau, sewaktu menonton video parody : Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger Parody). #LNJparody
Kali pertama bersua sewaktu beliau jadi panel salah satu social media & blogger conference. Bro lupa yang mana satu he…23x Banyak sangat social media & blogger conference Bro sertai.
Kemudian, ada beberapa kali selisih. Tapi tak bertegur maybe masing-masing tak pernah bertegur.
Bagaimanapun Bro sendiri tak tahu macam mana dia kenal Bro. Maybe sebab Bro selalu tegur beliau di laman social kot.
Apa-apa pun terima kasih sebab tegur Bro baru-baru ini. Kalau idak, rasanya sampai bila-bila kita tak bertegur sapa. Sebab dengar cerita hujung tahun ini beliau akan ke UK untuk sambung pengajian.
Maaf sesangat, Bro tak cam sangat muka Aida. Nampak nerd sangat he…23x
Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian. Beliau merupakan pengasas dan pengarah program amal – Projek Baju Raya yang selalu dilakukan pada setiap tahun.
Beliau berjaya mengumpul ramai sukarelawan dan mendapat sokongan dari banyak pihak untuk menjayakannya.
Alhamdulillah.
Beliau berdoa sangat,
Masa di UK nanti, beliau diberi kelapangan untuk terlibat sama dengan projek amal dan ada rakan yang sudi menyokong usaha murni beliau. Paling penting, apa yang dia usahakan sebelum ini dapat diteruskan.
Ada masa, jemput datang ke blog beliau – http://theaidasue.com/
Bertuah betul bri dapat berjumpa dengan seorang blogger pemurah seperti beliau
Bila la pula dapat jumpa gerangan blogger bernama anuar nie
Typo… bro..
bila lah dapat jumpa dan berborak dengan bro kan? ^_^
Fyna dok mana?
bagusnya dapat jumpa blogger yang pemurah..
Kalau ikutkan ramai je. Antara nampak atau tidak,
Cuma dia ini, Bro nampak rajin turun padang dan ajak rakan-rakan yang lain untuk terlibat sama.
Alhamdulillah.. merapat silaturrahim.. menambah berkat. Tahniah Bro.. :)
Seronok dah jumpa blogger hebat Aida Sue ni ;D
bila la pula saya nak pergi tegur bro kan..hahaha
Saling kenal mengenali dapat mengeratkan silaturahim hehe…
fyna duk teluk intan – sabak bernam bro ^_^ jauhkan.
Bro duduk Rawang je…. Kampung dekat Tg Malim
Bro memang peramah. Tak sombong. Thanks Bro. Idak blogger macam akak ni memang tak kenallah dunia Blogger sebenar. Hehe
Bro memang peramah. Thanks kenalkan akak dunia Blogger ngan lebih jelas lagi. Thanks a lot Bro. Teruskan membantu ramai lagi Blogger.