Siapa kata, gua tak boleh jadi Mr. Mama.
Jangan ingat, Bro as suami tidak boleh ganti tugas isteri. Setakat masak tue, dari kecik lagi dah biasa masak.
Cuma part jaga anak je tak pernah lagi dari kecik.
Pernah la ada pengalaman jaga anak orang. Setakat mandikan, tukar pampers bagi makan xde hal punya.
Tapi, kata orang.. jaga anak sendiri tak sama macam jaga anak sendiri. Feelnya berbeza sangat – Bro sendiri pun susah nak gambarkan beza macam mana perasaannya.
Hari ini, merupakan hari pertama Puan Isteri masuk kerja selepas habis cuti bersalin. Hari pertama dengan shif sebelah pagi.
Maka seawal 4 pagi, dia bangun untuk pam susu dan bersiap pergi kerja pada pukul 5 pagi. Sebab gerak dari Perak.
Bro pula?
Selewat pukul 3 pagi baru dapat lelap, sebab Fisha buat perangai. Tak pernah-pernah dia buat perangai macam nie. Kul 12 malam, time orang nak tidur, boleh pula dia ajak bersembang dan main.
Adeh…!!!
Pagi tadi, sempat mandikan Fisha… Adeh, dah pandai buat kuak lentang + renang berirama sewaktu mandi. Macam mana daddy nak mandikan budak 3 bulan nie. Tak reti nak duduk diam.
Pukul 12 tengahari, dah 4-5x tukar pampers. Selamat daddy suka beli pampers, tapi jangan la cepat habiskan he…23x Sian daddy cari duit.
Gua baru plan, tak nak tayang ilmu gua. Tapi terpaksa. Mesti wife gua dah plan nak guna pakai ilmu yang gua ada untuk take over kerja dia He..23x (sekali sekala xpe, jangan selalu)
hahaha…kena practice lg nk jd MR.mama bro…. =P
Tak larat juga bila kita pun ada kerje lagi penting kena buat sambil jaga anak
maka terhasil la lagi sorang blogger Mr Mama selepas abang Ben Ashaari. Kira boleh geng dengan kami geng mak2 ni.. kekekeke
Gua Mr. Mama partime je…
buat susu berapa aun agaknya ye?
Tak buat pun, pakai susu ibu yang sudah diperah awal.. buat 3oz je…
comey fisha!
Dkna pun comel juga.. ok bye
lepas nie boleh join kelab mr. mama….banyak nak kena belajar tu bro….
Pandai juga yer awk mandikan fisha..hehe..mcm x caye lak
Part basuh berak paling thrill kan bro.mbasuh sambil tahan nafas..haha
Bro xde pula macam tue, Ok je… berak baby x de la busuk sangat pun :)
practice makes perfect kan….mana tau boleh jadi fulltime sambil blogging…
Woooo….comel angattt!!