Blogger dan keluarga Memeriahkan Movie Day Out : Filem Animasi SuperSquad
Alhamdulillah, perancangan walaupun last minit berjaya mengumpul blogger untuk meluangkan masa bersama keluarga menonton Filem Animasi SuperSquad yang bakal ditayangkan pada 5 Jun 2014.
Kehadiran rakan-rakan blogger serta keluarga, amat Bro hargai.
Mungkin ada dari rakan-rakan tidak pernah berpeluang merasai jemputan menyaksikan movie preview sebelum filem tersebut ditayangkan dipawagam. Maka peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk merasai.
Setiap blogger boleh bawa ahli keluarga mereka sendiri tanpa dihadkan jumlah tiket untuk mereka.
Maka masa ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga dihujung minggu dengan menonton Filem Animasi SuperSquad ini.
Gambar Blogger Movie Day Out
Maaf, sebab tak sempat nak bergambar dengan semua orang. Ramai sangat.
Ada yang busy bergambar. Ada yang busy bersembang dan ada yang busy mengejar anak he..23x Belum lagi melihat ragam si kecil yang datang untuk menonton filem ini.
Lagipun target audience penonton filem ini dari kalangan kanak-kanak dan keluarga.
Watak Dalam SuperSquad
Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing.
Laksamana Aaron? Dah macam Aaron Aziz je..
Yup, memang Aaron Aziz pun….!!
Antara pelakon suara (voice over) yang membintangi watak-watak dalam filem animasi ini iaitu Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini.
Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalynna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad.
Filem Animasi SuperSquad yang dihasilkan oleh Netcarbon Sdn Bhd ini akan ditayangkan kepada penonton umum di Pawagam pada 5 Jun 2014.
Bersama rakan model sambilan – Iena Wahab.
Ada blogger yang bertanya, siapa dia nie ek? Ok dia blogger dan juga model. Bukan Moskot SuperSquad ek…. he..23x
TQ bro sebab sudi invite..anak-anak sangat happy!
ohhh nasib baik gambo ambo ade dlm entry nih..kalo dak ambo kecik hati..hahahaha….
Kalau tak de, kena cari Bro sampai jumpa n ambil gambar sesama lagi :)
tenkiu so much atas jemputan..anak anak seronok sangat..tambah seronok bila si ank bujang tak dok diam dalam panggung sampai tersepit kepala celah seat, tido bawah seat, main anak tangge..pheww..hahaha..haruuu!!!
Selamat dia x main lari pusing keliling panggung he..23x
Bestnya… Sayang betul tak dapat nak join…. huhuhu..
dah ajak kan he…23x next time ek.. Harap ada rezeki untuk ketemu
thanks bro sudi nak menyembang2 ngan kitorang jugak…kitorg satu family yg gambar first tue..meh la jenguk2 blog kitorg gak…ahaks
Insya’lah Bro akan terjah nanti :)
Lol. Laksamana Aaron. Kelakar la plak…
Macam seronok je. Leh buat family gathering sambil2 tengok filem animasi.
gambar kite xde… Majuk2x… ha ha
Nak majuk2 la pulak, datang lambat then blah xnak jumpa bro ajak bergambar he..23x
bro selpi dgn kaum hawa jer..sob sob
Eh, baru gua perasan.. Tapi kebanyakan sudah berkahwin lol.. yang last tue je single
Nampak meriah dengan membawa anak-anak turut sama menonton.
Meriahnya Bro..Bestnya tgok event2..Maira queen kembali blogging…
meriah…rugi tarik diri tp memang x boleh nak join….
bestnye..
Wah ruginya tak sempat follow.
sob sob sob.. frust tak abih2 lagi tak dapat join masa bro ajak hari tu.. bukan selalu dapat peluang jumpa kan, lagi2 bro … huhu…. 6hb 6 dah nak balik ganu ~
besok bro ade ke kr private screening tu? nak interprem dalam gambar bro. hahahha.
Insya’lah ada, tapi maybe datang lambat or jumpa time dah habis movie je la he…23x