December 13, 2024

Tinted Cermin Kereta Untuk Keselamatan Pemandu Wanita

Pecah Kereta - Cubaan MerompakBaru-baru ini,

Salah seorang cikgu yang Bro kenali sewaktu zaman persekolahan dulu telah disamun sewaktu kereta beliau berhenti di trafik light.

Kejadian berlaku di Ipoh berdekatan dengan sekolah tempat beliau mengajar.

Modus operandi lebih kurang sama dengan kejadian yang selalu berlaku di Kuala Lumpur.

Dimana suspek menaiki motorsikal dan bertindak memecahkan cermin kereta yang dinaiki oleh wanita yang memandu berseorangan.

Sasaran mereka adalah handbag atau sebarang benda yang diletakan ditempat duduk sebelah pemandu.

Persoalannya disini, perlu ke cermin kereta di”tinted” untuk keselamatan pemandu wanita terutama yang memandu keseorangan?

Cermin Kereta “Tinted” Bakal Disaman

Operasi mengeluarkan saman bagi kereta bercermin gelap bakal bermula 16 Jun 2014 ini oleh PDRM (Polis DiRaja Malaysia).

Pihak berkuatkuasa akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras pemilik kereta yang tidak mematuhi piawai ketelusan cahaya cermin kenderaan yang ditetapkan oleh JPJ.

Kadar piawai ketelusan cahaya cermin kenderaan yang ditetapkan oleh JPJ
Buat masa ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak merancang untuk mengkaji Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang menetapkan tahap cermin gelap yang dibenarkan.

Pihak JPJ hanya mem­benarkan dua keadaan iaitu atas masalah kesihatan se­telah mendapat pengesahan doktor pakar awam dan keselamatan yang disahkan polis.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Tinted Cermin Kereta Untuk Keselamatan Pemandu Wanita

  1. Setuju…kereta saya pun tinted tapi ikut spek hanya cermin sisi belakang dan seat belakang mmg gelap sebab ia kereta import. Kalau kena saman aku saman balik staff JPJ yg kereta dorang lagi gelap cerminnya…hihi

  2. yang diragut dari dalam kereta satu hal, yang diragut dari atas motor pun lain ceritanya. Tapi, penyelesaian yang terbaik ialah didikan yang baik sejak kecil. Bila dah besar, takla jadi penyangak dan menyusahkan hidup orang lain huhu.

    Kesian akak saya, mujur tak jatuh dan sebagainya. Dah la tu satu2 kakakku huhu.

  3. Assalamualaikum,
    untuk orang rabun macam saya…terang itu lebih baik. kalau ada tinted tak gelap yang boleh serap haba dan murah pula reganya, saya akan pilih yang ni sebab bila rabun, memang payahlah dok dalam gelap ni. tak nampak apa!

  4. Setakat ni saya gunna cermin yang 25% je. Tak gelap pun. Cerah adalah cuma time letak barang-barang tu, tak letak kat atas seat tapi kat tempat letak kaki atau dalam bonet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *