Samsung Malaysia telah memperkenalkan Galaxy A55 & Galaxy A35 pada pertengahan bulan March 2024 untuk pasaran Malaysia.
Untuk siri Galaxy A kali ini, ciri keselamatan yakni Samsung Knox Vault menjadi selling point utama yang diketengahan oleh pihak samsung bagi meningkatkan pelindungan kepada dunia digital anda.
Sejak kebelakangan ini,
Trend semasa membuatkan semua data peribadi, perbankan, pembayaran dan sebagainya disimpan dan dibuat melalui peranti pintar termasuk untuk membuat sebarang pengesahan identiti.
Samsung Knox Vault dicipta bagi meningkatkan mekanisme pertahanan penggodaman (Trustzone) yang disediakan pada peranti Samsung sedia ada.
Pada asalnya, terminal Samsung melindungi maklumat sensitif seperti kata laluan, data pengecaman biometrik dan kunci penyulitan melalui ruang yang dipanggil Trustzone.
TrustZone mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengaudit perisian yang berinteraksi dengan sistem Android dan memungkinkan untuk mengawal daripada pemuat but kepada framework Android melalui proses but.
Kawalan ini memainkan peranan penting dalam membenarkan pentadbir IT memantau aplikasi yang dijalankan pada peranti. Walaupun sukar untuk difahami, Trustzone boleh dilihat sebagai peranti yang melindungi maklumat utama dengan menggunakan ruang tertentu dalam AP.
Contohnya, jika OS dijangkiti kod hasad, ia mengesannya semasa masa jalan.
Selain itu, pelbagai kata laluan atau sijil disimpan dalam ruang tertentu untuk menguruskannya dengan selamat.
Ia menyemak sama ada kernel atau perisian sistem telah diubah suai dan mengesan sebarang perubahan untuk memastikan telefon pintar anda selamat.
Banyak kes yang terjadi kebelakangan ini, dimana ada pihak yang tidak bertanggungjawb menghantar pautan melalui media sosial mahupun aplikasi berbual dimana ia secara automatik memuat turun aplikasi mengandungi kod hasad yang membolehkan mereka mendapat hak untuk akses telefon anda dari jauh.
Sebarang aktiviti yang anda lakukan boleh dipantau dan dikawal oleh mereka. Lebih ketara lagi, ada kes dimana skrin pada telefon mangsa bergerak sendiri membuka aplikasi pembankan dan membuat transaksi sendiri walaupun tiada sesiapa menyentuhnya.
Nampak seram bukan.
Lagi seram bila duit dalam akaun anda hilang dan pihak bank tidak mampu membuat apa-apa kerana ia transaksi dilakukan sendiri melalui telefon anda dan mendapat kebenaran pengesahan transaksi melalui telefon anda juga.
Bagaimana Samsung Knox Vault Berfungsi
Boleh dikatakan Knox Vault ni penting kerana ia lebih kuat dan selamat berbanding mekanisme lama yang digunakan, yakni TrustZone.
Ruang TrustZone yang digunakan oleh Samsung sebelum ini mempunyai keupayaan untuk mengawal perisian yang berinteraksi dengan sistem Android.
Tetapi ia rentan kepada serangan saluran sisi kerana menjalankan sistem operasi lain bersama-sama dengan Android pada pemproses yang sama.
Dalam konteks ini, Knox Vault beroperasi sepenuhnya bebas daripada pemproses utama, menjadikan ia lebih selamat daripada TrustZone sedia ada.
Knox Vault ni seperti mempunyai baju zirah yang lebih tebal. Ia menggunakan teknologi yang lebih canggih untuk menyimpan maklumat penting kita dengan selamat.
Bayangkan senario ni: Anda kehilangan atau kecurian telefon.
Sudah pasti anda risau jika maklumat peribadi anda disalahgunakan oleh penjenayah.
Dengan Knox Vault, tiada siapa yang boleh mengakses kata laluan atau maklumat penting anda yang tersimpan dalam telefon tersebut.
Sebagai tambahan, terdapat satu lagi fungsi, yang dipanggil Find My Mobile. Ia boleh membantu anda mencari semula peranti telefon yang hilang.
Knox Vault juga membantu dalam hal lain seperti Auto Block, memblok aplikasi dari sumber yang tidak dibenarkan, dan Secure Folder yang memisahkan data pengguna secara berasingan.
Dengan menggunakan Knox Vault, pengguna mempunyai keyakinan bahawa maklumat peribadi mereka dilindungi dengan baik daripada serangan luar.
Jadi, ia bukan saja memberi keselamatan ekstra untuk telefon pintar kita, tapi juga memberi ketenangan fikiran buat pengguna.