May 13, 2024

Fujifilm instax mini 99 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM928

Fujifilm instax mini 99 Malaysia

FUJIFILM Malaysia mengumumkan bahawa instax mini 99™ (mini 99™), model berkualiti tinggi dalam siri kamera analog segera instax, yang telah dilancarkan di pasaran tempatan pada 4 April 2024.

instax mini 99™ merupakan versi yang dipertingkatkan daripada instax mini 90™ (mini 90™) yang berjaya di peringkat global.

Ia menampilkan beberapa fungsi baharu yang menggunakan teknologi analog untuk memperluaskan lagi jangkauan ekspresi cetakan, seperti ‘Kawalan Kesan Warna’, yang mengaplikasikan cahaya warna yang berlainan secara langsung ke filem untuk menghasilkan enam ekspresi warna yang berbeza, dan ‘Mod Vignette’, yang mengurangkan pendedahan di sekitar bahagian tepi untuk memberi fokus kepada bahagian tengah setiap gambar.

Ekspresi cetakan boleh berubah berdasarkan keadaan penggambaran, membolehkan pengguna mencipta cetakan instax yang unik dengan gaya yang menarik.

Kensuke Aragane, Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia

“Badan kamera ini mempunyai tekstur matte yang menyerupai kulit, memberikan rasa selesa ketika digenggam, serta reka bentuk klasik yang menyediakan penampilan dan tekstur premium sesuai untuk model mewah.” – Kensuke Aragane, Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia

Seiring dengan pelancaran mini 99™ , Fujifilm memperkenalkan filem format mini ‘Photo Slide’, yang diilhamkan oleh pelekap slaid foto, menyerlahkan rangkaian ekspresi cetakan yang mengagumkan yang boleh dilakukan dengan mini 99™.

Fungsi baharu Fujifilm mini 99™

Fujifilm instax mini 99 Model

Kawalan Kesan Warna dan Mod Vignette boleh digabungkan dengan Kawalan Kecerahan, menggunakan butang dail di sisi badan kamera, untuk mengembangkan lagi julat ekspresi cetakan.

Kamera baharu juga mewarisi fungsi daripada mini 90™, termasuk mod Landskap/ Makro/Dalam Bangunan dengan kualiti imej yang dipertingkatkan, mod Sukan sesuai untuk merakam subjek yang bergerak pantas dan Pemasa Kendiri untuk tangkapan sekumpulan gambar.

Mod penangkapan untuk memanipulasi cahaya juga tersedia, termasuk mod Bulb dan Pendedahan Berganda,” kata Aragane ketika menjelaskan mengenai ciri-ciri kamera ini.

Fujifilm instax mini 99 Close-Up

Untuk meningkatkan lagi daya tarikan instax, termasuk mini 90™ , Fujifilm memperkenalkan versi terkini instax UP! pada 13 Mac.

Ia adalah aplikasi telefon pintar instax popular yang membolehkan pengguna mengimbas dan menyimpan cetakan instax dengan telefon pintar untuk penukaran digital yang mudah. Kemas kini ini meningkatkan lagi fungsi Album.

Pengguna boleh membuat koleksi imej instax yang diimbas mengikut tema, menyediakan kaedah yang berbeza untuk menikmati instax.

Fujifilm akan terus mengembangkan dunia sistem foto segera instax yang membolehkan orang ramai menikmati percetakan foto secara langsung.

T-shirt edisi terhad Fujifilm & atmos KL

Fujifilm X atmos KL

Fujifilm juga turut mengumumkan kolaborasi eksklusif T-shirt edisi terhad dengan atmos KL bagi meraikan kejayaan luar biasa kamera ‘FUJIFILM X100VI’ (X100VI).

Kolaborasi ini menggabungkan teknologi kamera inovatif Fujifilm dengan gaya jalanan terkini atmos KL. T-shirt edisi terhad ini menampilkan X100VI bersama rekaan yang menghormati simulasi filem ikonik kamera tersebut.

Kamera kompak premium X100VI melengkapi identiti jenama atmos, dan memperkuatkan keterujaan terhadap X100VI.

Harga :

  • Fujifilm instax mini 99™ – RM928
  • Filem format mini ‘Photo Slide’ instax – RM39

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fujifilm.com/my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *