November 8, 2024

Blogger Jadi Duta Kempen 25 Tahun Spritzer

Spritzer 25 Years - Bro Framestone Famous Malay Blogger in Lifestyle and Traveling
Satu penghargaan buat diri Bro sebagai blogger kerana terpilih menjadi duta untuk mempromosikan kempen 25 tahun Spritzer yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 20 – 24 Ogos 2014.

Untuk menjayakan kempen bertemakan “Who Drinks Spritzer?” menampilkan 15 personaliti terkemuka dari beberapa bidang.

15 personaliti tersebut dipilih dari beberapa bidang seperti hiburan, fesyen, kecantikan, peragaan, teknologi, media dan penerbitan, fotografi, seni persembahan dan sukan.

Ia menampilkan,

Winnie Loo, Amber Chia, Sazzy Falak, Key Ng, Carven Ong, Iko In, Dylan Fan, Claude Berube, Alvin Loh, Alam Wakaka, Namee Roslan, Zulkifli Bujang, Bro Framestone, Ruby dan Christopher.

Ada 2 orang blogger turut sama dalam kempen ini iaitu – Ruby dan Namee Roslan.

Spritzer Ruby dan Namee Roslan

Awatlah poster mereka berdua nampak comel.

Buat masa kini, muka Bro akan dipamerkan di Spritzer photo Gallery @ Sunway Pyramid (20 – 24 Ogos), dan akan diiklankan dalam surat khabar The Star (22 – 23 Ogos), Sin Chew (21 & 24 Ogos) & Harian Metro (20, 24 & 27 Ogos).

Yang lain Bro xpasti keluar dekat mana. Ada yang keluar dalam majalah dan surat khabar lain.

Info lanjut tentang kempen ini, akan Bro kongsikan pada entry akan datang.

Hari ini baru diadakan majlis perlancaran kempen ini di Sunway Pyramid. Nantikan perkongsian dari Bro tidak lama lagi.

Giveaway Spritzer dari Bro Framestone

Bro nak buat mini give away untuk kempen ini untuk rakan blogger. RM50 x 5 pemenang bertuah.

Apa yang anda perlu buat :-

  1. Bergambar dengan poster Bro (sama ada poster di Spritzer photo Gallery @ Sunway Pyramid atau bersama keratan akhbar yang ada poster Bro)
  2. Pastikan anda bergambar bersama air mineral Spritzer (tak kisah saiz apa, janji air mineral)
  3. Upload gambar tersebut di facebook dan tag facebook Bro (caption ikut korang la tapi kena sertakan sekali link blogpost yang anda kena buat seperti di langkah ke-4)
  4. Buat 1 blogpost simple (refer syarat untuk blogpost dibawah)
  5. Tarikh tutup 30 Ogos 2014 – sent link penyertaan anda (blogpost anda) pada ruangan komen di bawah.

Bro Framestoen 25 Tahun Spritzer

Salah satu contoh aksi bila nak bergambar dengan psoter Bro he..23x

Nampak sama kan. Ada orang cakap, gambar Bro kena edit. Ada ke patut he..23x

Syarat untuk blogpost :-

  1. Buat 1 blogpsot
  2. Masukan gambar yang korang ambil tadi.
  3. Ceritakan serba sedikit tentang anda dan Spritzer. Dan promote serba sedikit pasal Bro (apa yang korang tahu pasal Bro la – boleh selak blog ini dan facebook Bro untuk lebih maklumat)
  4. Ceritakan juga tentang giveaway yang Bro buat ini dan link kembali ke entry ini (untuk ajak rakan-rakan lain sertai)
  5. sent link penyertaan anda pada ruangan komen di bawah.

All da best..!!!

Penafian : Giveaway ini hanya Bro sorang je yang buat (Ruby dan Namee Roslan tak boleh join giveaway ini he..23x). Ianya juga bukan ditaja oleh Spritzer dan inisiatif dari Bro sendiri.

Antara Peserta yang sudah join :-

  1. ..
  2. ..
  3. ..

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Blogger Jadi Duta Kempen 25 Tahun Spritzer

  1. kalu bukan saya (pemilik blog) yg posing ngan poster tu tp wakilkan husband @ anak2 boleh tak?
    saya is pemalewww, haha! :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *