Blog lebih iklan dari pengisian.
Bunyi dah macam peribahasa (ke perlibahasa) dan ianya menjadi topik ke 33 bagi segmen “Luahan Hati Seorang Blogger”
Ianya sebenarnya bukan luahan dari Bro semata-mata, lebih kepada mewakili suara-suara yang lain. Kredit gambar – Reezluv
Baru-baru ini bro melayari internet untuk mencari maklumat melalui enjin carian Google dan Bro buka beberapa laman web dari hasil carian yang dipaparkan.
Kebanyakan laman yang dipaparkan merupakan blog.
Dan laman tersebut (bukan semuanya) tidak memenuhi kateria kandungan yang ingin bro cari melalui keyword yang ingin Bro cari pada Google.
Semua ini penangan SEO, tetapi bolehkah kita anggap blog tersebut mesra SEO jika keyword dan kandungan tiada kaitan?
Paling malang bila hampir 70% paparan pada blog tersebut dipenuhi dengan iklan berbanding dengan isi kandungannya.
Dalam kes Bro, blog yang Bro lawati hampir dipenuh iklan yang terapung.
Ini menyukarkan Bro untuk membaca isi kandungan pada laman tersebut kerana kandungan dilindungi oleh banner iklan tersebut.
Pada banner tersebut tiada butang X untuk menutupnya dan tiada kesan terjadi walaupun iklan tersebut sudah diklik.
Memang trend sekarang, ramai yang ingin menjana pendapatan dari blog.
Tetapi pernahkah anda perhatian blogger-blogger yang mampu menjana pendapatan dari penulisannya di blog? Dimana ia dinamakana sebagai Advertorial?
Ada syarikat yang sanggup bayar beratus malah beribu untuk satu blogpost.
Mungkin blog anda antara blog yang mereka pilih? Siapa tahu, anda yang menentukannya :)
pernah hadapi juga situasi sebegini. apa lagi, terus tutup sahaja… huuu..
Memang terpaksa tutup terus…
tak pernah lagi dapat advertorial. teringin nak rasa sekali. hihi
Boleh saja…
Satu je Bro boleh pesan, jangan mengharap advertorial itu datang sendiri kepada kita. Kadangkala kita sendiri perlu mencarinya.
Macam Bro, Bro sedar siapa diri Bro. Sebab itu Bro terpaksa mencari advertorial sendiri T-T
Geram betul kalau buka blog mempunyai iklan terapung,namun apa daya jika ada sesuatu yang nak di cari dalam blog itu.
aku pun biasa jumpa blog yg buat iklan nuffnang, advertlets dan sebagainya tu terapung kat tempat yg tak sepatutnya.. sedangkan dah diberitahu iklan2 tu sepatutnya letak di bahagian2 yg dah ditentukan bukan diterapungkan sampai tertutup content blog..
dah terpaksa sgt kot nak mintak orang klik iklan utk dapatkan duit sebab tu dia buat terapung supaya iklan tu tak hilang dr pandangan pelawat
terlapau desperate untuk dapatkn klik rasanya :(
dulu ade jugak jumpe blog cenggitu, mmg sakit hati, pastu malas nak tunggu lama tekan pangkah terus… hehehe
kalau iklan tu statik je tak apa,masih boleh diterima,kalau jenis pop up dan terapung tu memang susah nak berkomen dan baca keseluruhan entri blog
susah jugak kalau iklan terapung sampai tak nampak content die
iklan terapung memang antara sebab gua malas nak melawat blog tersebut apalagi nak tinggalkan komen.
Nasib baik blog Bro tak macam tu…
haha macam best jer kalau banyak iklan
Bukak je penuh iklan kelip-kelip, terus tutup. Kena plak satu entry satu page pun tutup jugak. And satu lagi pesen blogger, kejar SOE. Tajuk sikit punya gempak, tapi takde info pun :(
gua ok aje. haha..
kalau yang penuh 1 blog dengan floating ads..terus saya close je bro..lambat nak load.
Memang agak ga suka juga kalau masuk ke suatu blog yang terlalu banyak iklannya yang tidak teratur penempatannya, apalagi jika iklan tersebut menghalangi untuk membaca artikelnya. Saya langsung close saja tu blog
Terlebih lagi kalau dibuat melayang dan kita tidak bisa membaca entri kalau tidak diklik.
Blog saya awalnya begini juga Bro….
sikit-sikit tidak apalah, macam saya. orang tidak rasa pun ada iklan di blog sya.
serabut banyak iklan…
tak kisah pasang iklan, tapi letakkan tempat yang sesuai..
ubatnya ada belah penjuru atas kanan… butang kaler merah bertanda X… cepat dan berkesan…
kalau kawan dah tak singgah lagi…
yg statik tu mungkin takpe.. tapi yg terapung tu agak merimaskan..
desprate sungguh namanya itu.gelojoh dalam mencari duit.hehehe
ni la masalahnya kalau fikir income je…blog pun macam tempat pasang banner iklan je…adehh…
dulu pernah melakukan kesalahan dalam meletak iklan.. sekarang tengah tukar theme dan letak iklan di ruang yang lebih sesuai.
sejujurnya aku kalau terbuka bloh seperti ini…terus close….dah la loading terlalu lama…:)
Ada yang menjadikan blog sebagai salah satu punca pendapatan. Jadi memang akan jumpa blog yang mempunyai unsur SEO dan iklan yang banyak.
Lain orang lain caranya. Jika itu caranya dia cari makan, biarkanlah. Layan je bro. Takde salah takde yg betul. Yg ada tension mengadap ads yg block content
Selalunye kalau landing dekat blog yang penuh dengan iklan sampai tak boleh nak baca isi kandungan, memang pangkah terus. entah apa-apa.