portal iklan blog

Blog lebih iklan dari pengisian.

Bunyi dah macam peribahasa (ke perlibahasa) dan ianya menjadi topik ke 33 bagi segmen “Luahan Hati Seorang Blogger”

Ianya sebenarnya bukan luahan dari Bro semata-mata, lebih kepada mewakili suara-suara yang lain. Kredit gambar – Reezluv

Baru-baru ini bro melayari internet untuk mencari maklumat melalui enjin carian Google dan Bro buka beberapa laman web dari hasil carian yang dipaparkan.

Kebanyakan laman yang dipaparkan merupakan blog.

Dan laman tersebut (bukan semuanya) tidak memenuhi kateria kandungan yang ingin bro cari melalui keyword yang ingin Bro cari pada Google.

Semua ini penangan SEO, tetapi bolehkah kita anggap blog tersebut mesra SEO jika keyword dan kandungan tiada kaitan?

Paling malang bila hampir 70% paparan pada blog tersebut dipenuhi dengan iklan berbanding dengan isi kandungannya.

Dalam kes Bro, blog yang Bro lawati hampir dipenuh iklan yang terapung.

Ini menyukarkan Bro untuk membaca isi kandungan pada laman tersebut kerana kandungan dilindungi oleh banner iklan tersebut.

Pada banner tersebut tiada butang X untuk menutupnya dan tiada kesan terjadi walaupun iklan tersebut sudah diklik.

Memang trend sekarang, ramai yang ingin menjana pendapatan dari blog.

Tetapi pernahkah anda perhatian blogger-blogger yang mampu menjana pendapatan dari penulisannya di blog? Dimana ia dinamakana sebagai Advertorial?

Ada syarikat yang sanggup bayar beratus malah beribu untuk satu blogpost.

Mungkin blog anda antara blog yang mereka pilih? Siapa tahu, anda yang menentukannya :)