November 6, 2024

Tanah Kubur : Akibat Biarkan Isteri Kesepian

Julia Ziegler Tanah Kubur

Maisara seorang isteri yang selalu kesepian akibat selalu ditinggalkan oleh suaminya, Farid yang selalu outstation.

Akibat selalu outstation, Farid telah meminta Syamsul, kawan baiknya untuk menjagakan isterinya di rumahnya.

Bila seorang perempuan dan seorang lelaki duduk serumah tanpa ikatan. Maka timbulnya peluang yang digunakan sebaik mungkin oleh syaitan untuk menghasut dan menyesatkan anak Adam.

Sehinggakan pada suatu hari, muka syamsul disambar api sewaktu ingin menghidupkan api rokok dan kepalanya terhantuk pintu menyebabkan pendarahan pada mukanya.

Sewaktu dia dikapankan. Bahagian luka pada mukanya menjadi teruk.

Waktu kematian Syamsul, Mai dalam keadaan tidak tenteram.

Rupanya pada malam itu, Mai luahkan isi hatinya pada Syam dimana selama ini suaminya tidak pernah memberi nafkah kepadanya dan dia merayu Syam untuk mengantikan suaminya setiap kali suaminya tiada.

Tetapi Mai telah memfitnah Syam bahawa Syam yang telah merogolnya.

Ini membuatkan Farid berang dan memarahi jenazah sahabatnya, Syam. Tiba-tiba jenazah Syam bangun sendiri. Ini menakutkan Mai, lalu dia menceritakan perkara yang sebenarnya.

Bicara Bro : Bahaya tinggalkan isteri berdua-duaan dengan bukan muhrim.

Dan bahaya juga jika biarkan si isteri berada dalam kesepian. Nafkah perlu diberikan, sebab itu merupakan salah satu tanggungjawab suami kepada isterinya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Tanah Kubur : Akibat Biarkan Isteri Kesepian

  1. pada zaman Khalifah Umar r.a. Khalifah melarang askar2 outsation lebih dari 3 bulan. supaya perkara sebegini tidak terjadi.

    ada teori bagitau..wanita berkemampuan tahan nafsunya selama 2 bulan tetapi lelaki kurang dari 2 minggu.

    bab2 kahwin ni. kawan baik pun boleh jadi syaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *