Ah Boys To Men 3: Frogmen tidak mengecewakan sama seperti edisinya terdahulu dari pengarah Singapura, Jack Neo.
Masih mengekalkan pelakon asal termasuk Wang Wei Liang. Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz, Maxi Lim, Wesley Wong dan Charlie.
Untuk edisinya yang ke-3 ini, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat tempat dan mencatat rekod baru di Singapura sempena Tahun baru Cina.
“Ah Boys to Men 3: Frogmen” merupakan filem komedi aksi tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapura.
Ia menceritakan pengalaman rekruit muda ini bersempena dengan latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit – NDU), khususnya semasa “hellweek” yang sukar.
Menurut Pengarah Neo, walaupun cerita ini adalah berdasarkan rekruit tentera, ia berbeza daripada dua edisi terawal di mana pusat latihan adalah bertempat di Tekong.
Dia berkata bahawa NDU merupakan unit khas di mana skil dan latihan yang diberikan lebih mencabar daripada unit lain. Tentera Laut memerlukan kesemua pelakon muda ini untuk menampilkan tahap kecerdasan yang tinggi, kerana mereka akan memainkan watak angkatan tentera elit.
Justeru itu, kesemua pelakon telah diberikan latihan intensif 3-bulan untuk memastikan tahap kecerdasan mereka adalah berpatutan.
Sinopsis Filem Ah Boys To Men 3: Frogmen
“Ah Boys to Men 3: Frogmen” menceritakan pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi, Ah Boys ini ditempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya Pulau Tekong.
Watak utama termasuk Ken Chow (Joshua Tan), anak muda yang selalu cuba mengelakkan NS, Aloysius Jin/Wayang King (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinnya, Lobang (Wang Wei Liang) yang selalu cuba menipu rakan kabinnya.
Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas.
Selaku satu unit, mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ini mampu menjadi satu daripada unit tentera elit Singapura, iaitu “frogmen”?
Filem ini dijangkakan akan mengatasi jualan tiket filem “Ah Boys To Men” terdahulu.
Sama-sama kita nantikan tayangannya di Malaysia pada 19 Mac ini.
Bicara Bro : Jalan cerita tidak membosankan dan penuh dengan pengisian. Paling menarik, ianya dapat menghiburkan anda dengan lawak-lawak segar yang lebih educated.
aku suka citer ni…walaupun ia dari singapore…aku harap malaysia pun dpt buat filem macam nie
Malangnya Malaysia tak mampu nak buat cerita macam nie..Kecuali Juvana (tp filem dia xbest la pulak)
Malaysia punya.. mesti ada cinta, cinta, cinta… awek2 tergedik2 dan pelakon ade rupa tapi xpandai belakon
Kalau ada masa, nak jugalah tengok filem ni.. Sesuai untuk tontonan kanak-kanak tak?
Kebanyakan aksi dalam nie xde la melampau sangat… Tapi nampak la badan ketul2 or perut boroi… kalau anak umur belasan tahun tue.. elok sgt rasanya
40 minggu, 10 bulan latihan insentif, mesti best filem ni. bagus tengok yg pertama dulu kot.
Uwahhhh..!! kalau kita buat latihan insentif macam tue, boleh kurus kot
Kat msia ne dah takde khidmat negara daa…semua jurulatih tamat kontrak
da pencen dari tengok wayang…ade baby kecik, tak sesuai you…
Kena pepandai curi masa….
Kenkadang, beli dvd dekat apek… tengok dekat rumah. Tapi kalau kesabaran tinggi, tunggu keluar dekat Astro he..23x