32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi.
Perkara ini diakui sendiri oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ia dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing yang dilakukan pada tahun lepas.
Untuk pengetahuan anda,
Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.
Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.
Pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.
Nampak gaya, Bro perlu mengawal pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.
Dalam masa yang sama kena amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan (ini yang paling malas nie) dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
bahaya sungguh. kebanyakan penyakit berpunca dari pemakanan. kalau dapat kawal pemakanan In Sha Allah dapat elak dari penyakit
aku check hari tu kejap naik sampai 148 pastu esok tu 128.. ni tengah nak maintain balik la ni -.-
nampak gaya aku kena buat lagi ler Cabaran 6 Pack ni
alhamdulillah baru baru ni pi medical check up, darah tinggi, kencing manis semua nya ok… perlu jaga pemakanan.. cuma problem gemuk. keh keh keh
tak kira kurus ke gemuk ke ada darah tinggi bahaya ni..
deno pun high BP sejak ada SLE nih…
Cara kehidupan dan pemakanan mempengaruhi masalah darah tinggi ini.