December 13, 2024

Coway Jenama No. 1 Dari Korea : Water Purifier Villaem CHP-08AR

Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR
Genap 2 bulan menggunakan Water Purifier Villaem CHP-08AR dari Coway, jenama No. 1 dari Korea menjamin kami seisi keluarga menikmati air yang lebih bersih untuk diminum.

Menariknya, ia bukan sahaja menapis dan merawat air tersebut. Bahkan anda boleh menikmatinya dalam keadaan sejuk, panas atau suhu bilik.

Berbaloi untuk memilikinya.

Pemasangan Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR

Pemasangan Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR

Pemasangan Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR tidak sesukar mana. Anda boleh pasangnya sendiri atau boleh mintak wakil dari Coway untuk buat pemasangan di kediaman atau pejabat anda.

Pemasangan juga tidak mengambil masa yang lama.

Pastikan ianya berdekatan dengan sumber air yang hendak ditapis.

Macam Bro, pasang Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR di sink dapur. Lagipun, kami sekeluarga dapat menikmati air yang ditapis untuk memasak.

Tidak lupa juga untuk membuat air minuman.

Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR

Air disalurkan dari punca air (yakni air paip) yang disambung dengan kepala paip. Tak susah pun nak pasangnya.

Terdapat 2 salur.

1 saluran menyalurkan air dari punca air ke dalam Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR. 1 lagi saluran pula untuk mengalirkan air lebihan (yang tidak ditapis / kurang bersih) keluar dari mesin ini.

Dengan ini dapat menjamin anda sekeluarga menikmati air yang betul-betul ditapis dan berkualiti bersih.

Pilihan Suhu Air Dengan Coway Water Purifier Villaem

Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR

Bagi kami seisi keluarga, memang memerlukan bekalan air yang bersih untuk diminum. Lagi-lagi bila dapati air paip disini kurang bersih.

Selama ini, kamu terpaksa beli air dari mesin yang disedikan dipekan.

Air itu yang kamu guna untuk memasak dan juga untuk diminum. Malangnya agak penat juga untuk ke pekan dan beli air bergelen-gelen.

Sekarang, dengan adanya Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR. Kehidupan kami sekeluarga agak sempurna.

Tidak perlu memasak air setiap kali nak buat susu untuk anak, buat air kopi untuk Bro sendiri.

Tidak perlu sejukan air dalam peti ais tiap kali nak minum air yang sejuk.

Dengan adanya Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR anda boleh menikmati air panas atau sejuk bila-bila masa sahaja. Tidak lupa juga air biasa yang telah ditapis.

Anda juga boleh control suhu air yang anda inginkan.

Dari suhu panas 45 – 97 darjah Celsius ke air suam atau suhu air sejuk hingga ke air bersuhu bilik.

Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR

Coway Jenama No. 1 dari Korea

Dihasilkan menggunakan teknologi teras Coway yang luar biasa, produk mereka amat dikenali dilebih 80 buah negara seluruh dunia.

Untuk info lanjut mengenai produk dari Coway, anda boleh layari www.coway.com.my atau melalui hotline : 1-800-888-111

Coway Malaysia Head Office
Suite 6-3. Level 6, Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Coway Jenama No. 1 Dari Korea : Water Purifier Villaem CHP-08AR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *