Pelik tapi benar.
Bro sertai pertandingan memancing yang dianjurkan oleh orang kampung Bro.
Meriah pertandingan bila hampir semua peserta Bro kenal (atenya satu kampung – kan dah keluar bahasa Perak).
Bro cuma peserta bidan terjun je.
Ceritanya begini,
Dengan tak mandinya dari event petang semalam, kemudian hantar isteri pergi kerja then cari tempat bermalam. Subuh lepas amik isteri terus gerak balik ke Perak.
Sebelum sampai, sempat call mak tanya ada dekat mana. Sekali mak cakap mereka ada dekat kolam pancing area nak pergi kebun getah yang selalu ayah Bro menoreh.
Time tue tak fikir apa-apa, so terus je ke sana dengan muka tak mandi. Bau badan pepaham je la (selamat ada minyak wangi – minyak atar je).
Sampai-sampai je tengok ramai orang dekat kolam. Rupanya tengah ada pertandingan memancing. Yuran penyertaan RM3 sahaja dan hanya ada 1 kategori (ikan terberat)
Dari plan nak teman family memancing terus jadi peserta memancing.
Tengok urusetia comel-comel je, tak tahu budak mana. Tapi tak boleh nak jeling lebih-lebih. Isteri dekat sebelah.
Tak banyak ikan dapat dinaikan, mungkin sebab ikan kenyang kot. Ataupun sebab dorang rambang mata tak tahu nak makan mana satu umpan.
Cuma ada satu drama terjadi tadi.
Dimana ikan terbesar gagal didaratkan. Ramai yang cuba membantu, malangnya tali terputus.
Sian Bro tengok budak tue, sampai menangis-nangis (rasa budak sekolah rendah) Masa tinggal 30 minit sebelum pertandingan tamat.
Meraung dia waktu itu.
Gambar : Itu gambar ayah Bro, dia memang kaki mancing dan suka memancing dari kecil lagi.
wahh..meraung budak tu ye..
Memancing perlu kesabaran. Kalau pandai pilih umpan boleh mengena habuan yang besar.
pernah gak cuba-cuba jadikan hobi. tapi tak bolehlah. boring lak rasanya
Ayah bro kaki pancing gak ek..boleh la geng dengan ayah saya..sakit2 pun kalau sebut nak pegi mancing terus jadi sihat..haha
suka pancing.
suka tgk pemancing.
err…ayah bro ek…
ok.
takjadi nak usha lelebih..
hiks..
pernah ikut abang pi mancing…
jadi tukang tengok je..
kat rumah ni mcm mcm jenis pancing..
den suka mancing kat pasar je. huhu
Assalamualaikum. hahaha siapa menang bro? heee
semalam menang gak kan :)
assalamualaikum bro…wah bestnya menang tak?
nasib takde, bukan rezekinya kot
Akak suka…akak suka…
nak memancing ni mmg perlukan kesabaran yg tinggi…hee~
seronok ada aktiviti begini.. merapatkan hubungan silaturahim..
aku pernah mancing udang je laaaa.. mancing ikan tak pernah dapat.. hahahaaa
Seronoknya….,meski hanya tingkat kampung tetap menyeronokkan