December 12, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 14] – Niat Berblog Kerana Duit

Fenomena sekarang,

Ramai yang buat blog semata-mata nak buat side income.

Target mahu dapat puluh-puluh sebulan. Ada yang mahu beratus-ratus mahu beribu bila tengok sesetengah blogger tayang earning dari blog mereka tiap2 bulan.

Bro…??

Dah bertahun berblog. Mungkin kadangkala ada ternampak bro macam terkejar-kejar earning dari blog. Tetapi itu la lumrahnya.

Lagi-lagi bila bro menjadikan blogger sebagai satu kerjaya bro sendiri.

Kalau dapat puluh-puluh, cer bagitahu bro.. macam mana nak sara diri sendiri.

Baik pergi menoreh getah.

Dapat gak la ratus-ratus seminggu.

Ramai yang memandang rendah pada blogger.

Bila makcik-makcik [yang high class] tanya bro kerja apa. Bro jawab bro adalah blogger.

Dorang tanya, boleh hidup ke jadi blogger nie.

Alhamdulillah kata bro. Dapat gak la menampung kos hidup bro, bayar bil tepon, internet, astro mahupun duit minyak + hulur pada yang berkenaan.

Dapat gak masuk tv, paper/majalah.

Kenal artis, kenal datuk datin, menteri dan mereka pun kenal kita. Paling best bila kenal orang-orang kuat dalam dunia perniagaan dan marketing.

Tau-tau dorang contact.

“Bro, u boleh tak tulis di blog pasal ini ini ini dan ini.

Payment pula sebanyak ini.”

Wow…!!!

Dorang sendiri yang cari kita. Bukan kita yang cari mereka. Siap ada payment lagi.

Ini bukan nak riak atau membangga diri.

Tetapi kenyataan yang korang perlu terima. Dan statement bro dikuatkan lagi dari hujah-hujah semasa Bro menghadiri World Blogger Summit baru-baru ini.

Cuba korang fikirkan [tak fikir pun tak apa],

Selama ini anda bangunkan blog, anda menulis entry hari-hari untuk blog anda walaupun ada yang mengatakan blogger hanya membuang masa.

Tetapi, apa yang kita buat selama ini mendapat hasilnya.

Walaupun sedikit, ianya tetap titik peluh kita.

Kecuali kita copy paste hak cipta orang lain. Sendiri mahu ingatlah kan.

Teringat satu kisah lama-lama dulu.

Sorang member bro macam menghina bro sebab bro dok berblog je. Siap die keluar fatwa dan segala apa-apa hujah untuk menidak iyakan apa yang bro lakukan.

Tetapi akhirnya dengan bongkak dia bertanya pada bro.

Ko susah-susah berblog ini. Tak nak buat duit ke, ramai yang buat duit dari blog. Boleh percaya ke..?

So bro tunjuklah akaun statement bro.

Ini RM** orang mengiklan di blog aku

Ini RM*** ada company pengiklan bayar.

Ini RM*** pula ada orang/company bayar untuk aku tuliskan advertorial untuk mereka.

Ternganga dia,

Sempat bro buat lawak lagi. If ini rezeki aku tiap-tiap bulan, dah boleh pinang kau kalau kau sudi bersuamikan blogger.

Note : blogger bukan jenis tayang duit berkepul-kepul macam bebudak promote MLM.

Bro tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh Luqman Hakim

“Jika income dari blog hanya RM50 sebulan, berbaloi tak”

Jawapan dari bro :-

Mula-mula tanya hati dan niat kita berblog. Jika berblog sekadar nak buat side income yang betul-betul side income [bukan kes 25sen sebulan]

Korang kena juga fikir faktor-faktor seperti ini lagi-lagi jika anda jenis trafik beratus mahupun beribu, berjam-jam layan blog + kesana kesini promote entry blog.

Antara yang korang kena fikirkan :-

  1. Masa
  2. Elektrik
  3. Internet
  4. Idea
  5. Tanggungjawab anda yang lain…??
  6. Lebih kurang sama macam kita melakukan sesuatu yang tak berfaedah jika mengharapkan duit dari blog dan bukan kepuasan + nawaitu kepadaNya

So dengan RM 50 itu berbaloi tak dengan apa yang telah anda lakukan.

Korang sendiri fikir2kan.

Dan bro paling menyampah jika ada orang cakap,

Buat apa nak kejar earning blog. Aku berblog saja-saja je

Bila tengok blog, dok tayang-tayang earning. Siap buka ruangan untuk mengiklan lagi tue.

Bicara Bro : Bro dah menjadikan blogger sebagai kerjaya dan blog-blog bro sebagai platform bro mencari nafkah tiap-tiap bulan.

Kita perlu ingat, kita tidak selama-lamanya berada di atas.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

55 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 14] – Niat Berblog Kerana Duit

  1. huhu..kita blog sebab seronok share cerita dengan pembaca walaupun pembaca tak ramai..ada juga la cubaan nak duit sebab ada je iklan nuffnang dekat blog tapi memang tak dapat hasil yang gempak2 pun..malah tak pernah dapat cash out pun sebab duit nuff kite bape sen la sangat..huhu

    1. Boleh je cam tue..

      Tak payah fokus nk buat duit…

      Buat je blog personal, share cerita.. mana tahu dapat reader n pembaca setia..

      Tau2 je melekat BE, kan kencang tue..

      Macam bro, pasang je iklan, ada orang klik ke tak bro dah xkisah dah

  2. Hahaha… Betul tu… Kerjaya :D Nak buat apa pun bukan sehari, perlu usaha kan bro… Bro penat merantau sana-sini, program itu dan ini… So x pelik la income bro cantik… :D Thumbs up!

    1. Income bro mana ada cantik, biasa2 je.. ada gak time nazak, makan megi hari2 pun ada, walaupun megi mahal..

      So layan nasi kicap n telur je. Nak berjimat.

      G sana sini pun cari business.. bukan pergi kosong je.. kenal ramai orang.. mana tahu ianya membantu dimasa hadapan

    1. sesiapa pun boleh buat…

      cuma bro terasa dengan orang melayu kita nie je.. buat blog promote bagai nak gila.. tapi pendapatan main ringgit2 je sebulan..

      bila tanya member bangsa lain yang bro kenal…

      blog mereka simple je.. trafik pun biasa2.. boleh dapat ratus2 ribu2 sebulan…

      bro nk tolong korang je… tp korang yang xnk

  3. Kalau kita mengorbankan masa belajar kita untuk RM50 memang tak berbaloi. Kalau score dalam exam , mak bapak bagi 10x lebih dari tu.

    Untuk bangunkan blog , masa yang sesuai adalah semasa cuti. Kalau masa kita tak free memang menambah masalah kita.

    1. Tau xpe.. if time berlajar buat part time.. mahu dapat 20-30ingit gak sekali buat.. ada gak sampai rm80 sehari..

      Tempoh masa lebih kurang je dengan layan blog…

      Duit pun dapat time tue,

      Tak payah tunggu 2-3 bulan baru dapat earning

  4. memang tak salah berblogging kerana income,kalau itu dah menjadi kerjayanya apabila dah yakin itu boleh dicapai..bukan tak boleh mendapat wang yang banyak dengan berblogging, cuma tahap cepatnya income tu dihasilkan bergantung kepada bilangan network yang ada pada blogger ini

    besar networknya,so dengan sendirinya network-network ini akan menolongnya..bukan takde blogger dapat income 500K sebulan dengan blog..tapi berapa lama dia usaha untuk mencapai tahap macam tu dan apa perkara yang dibuat untuk capai?

    vendor,product owner,affiliater dan juga publisher..semua tu make money punya tempat..timeline untuk publisher adalah paling lambat berbanding vendor yang mendapat rapid income walau hanya 3 bulan setup..:D

  5. tak salah bila dah berblog, dalam masa yang sama mencari side income, sedikit sebanyak boleh tampung kos domain dan hosting kan.. ganjaran walaupun sedikit hasil dari titik peluk kita membuatkan kita rasa puas berblog :)

    1. pelik juga ya tak sanggup keluarkan duit ..rasanya tidak la mahal kan bro.. tidak sampai seratus untuk domain dan hosting selama setahun.. bukan bayar tiap2 bulan.. kumpul sikit2 tiap2 hari dapat la bayar..hehe

  6. haaaih lamanya tak singgah blog adikku ni (sambil lap2 peluh di dahi) muahahaha…gud luck bro…apa2 pekerjaan kita pun, yang penting halal kan…klu dok dengar ckp org ja, ini tak boleh, itu tak boleh, sampai bila pun dok di takat yang sama ja, xdak perubahan kan…org doakan semoga syuk di permudahkan dalam segala hal, amiiin… ^^

  7. kena pandai membahagikan masa bg yg part time blogger cm saya. waktu mlm even letih pon saya wajibkan diri utk tulis entry baru.
    for the time being, hanya minat yg drive saya, bukan duit. buat yg terbaik, insyaAllah oneday akan ada yg terbaik dtg mencari kita :)

  8. sume hebat2 ni..rezki masing2 ye dak..cuma kdg2 bila terlalu ghairah kejar duit kita terlepas pndang pahala dosa..itu yg mintak dijauhkan..Huhu

  9. Thanx bro.. 1st time saya jumpa blogger yg dah berjaya buat entri macam ni..

    Cara olahan bro lain.. Sbb kebiasaannya org akan condemn blogger yg blogging kerana duit.. Tapi bro tak, cara bro lain.. Nice bro..

    Ini bkn komen nk membodek bro.. Tapi betul2 saya cakap.. Bro membuka mata saya yang jadi blogger pun boleh hidup kalau kena dengan cara.. Nice..

    1. buat apa nk kondem2…

      sape xnk duit… blogging is kerjaya…

      kita malay condem malay pasal blogger malay nak jana duit dari blog…

      tapi kita salah.. hari2 jana berapa sen depend on klik…

      sedangkan bangsa lain jana income ratus2 ribu2 sebulan..

      xde pulak promote blog.. trafik xde la tinggi mane.. follower…?? boleh kira dengan jari meh..

      macam bro dan beberapa blogger yang lain…

      masing2 income masuk… mane ade x masuk..

      korang boikot cam mane pun.. income tetap ada (bergantung pada rezeki)

      tapi kena ingat… sekali blog xde… habis cam tue la.. so jangan la buat orang lain rasa nak perdajalkan blog kita…

      xpasal2 xde blog dah.. kena hack he..23x

      fikir2kan

  10. salam bro,boleh ke jika saya berguru dengan bro?cara-cara mendapat side income dari blog? saya berminat nak belajar, tapi belajar tanpa guru ni susah;) harap bro dapat balas msg ni;)

    1. w’salam….

      boleh je.. tiada masalah pun sebenarnye…

      tahun nie bro ada plan nak buat bengkel sendiri… tapi masih belum dapat lokasi etc…

      ada satu company tue sudi nak hostkan bengkel bro…

      if tiada apa-apa nanti bro kongsikan ek…. selalu2 la tegur bro… mana tahu bro akan kongsikan beberapa tip yang boleh diguna pakai

  11. kalau betul2 nak wat duit, kena jadi blogger SEO la. tapi nanti tak ramai kawan. jadi kita buat blog biasa2 ajelah. ada ke.. tak de ke orang nak datang . tak kisahlah kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *