Luahan hati seorang anak terbaik dari bro buat “bapa-bapa” diluar sana.
Selamat hari Bapa buat semua bapa-bapa yang mempunyai anak dara… [kot2 boleh di kenen2kan dengan bro]
Bro tujukan kepada rakan-rakan blogger bro yang menjadi bapa pada tahun ini.
Ini hanya secebit coretan yang pernah bro karang pada tahun 2010. Tak sangka ramai juga yang membacanya bila dilihat pada jumlah hit yang diterima.
Ini hanyalah coretan yang dicoret semula dari coretan asal.
Sekadar coretan penuh makna & tersirat untuk mereka yang tidak layak digelar bapa. Maaf sekiranya ada yang terasa dengan penulisan Bro kali ini.
Perbualan yang Bro dengan seorang adik (yang mungkin wujud atau mungkin tidak)
Bro : Apa yang istimewa tentang bapa adik?
Adik :
Bapa adik, hensem macho walaupun tidak berduit tetapi manis mulutnya mengayat mak adik sampai mak adik rela membesarkan benih bapa saya tanda cintanya.
Bapa adik juga pandai menghilangkan diri,
Tak pasal-pasal family sebelah mak tercari-cari mana bapa pergi. Buat report polis pun masih tidak diketemui. Entah hidup entah tidak.
Jika diberikan perluang untuk membuat Jejak Kasih pasti adik seronok terlonjak-lonjak dapat melihat bapa yang dah lama tidak memberi nafkah kepada adik juga ibu.
Bro : Adik nak tengok muka bapa adik tak?
Adik :
Mesti la adik nak tengok bro.
Sejak ibu adik muntah-muntah hari itu, terus dah tak nampak dah muka bapa adik. Entah-entah dia loya bila dengar ibu adik muntah-muntah kot.
Ibu pula tidak menyimpan gambar bapa untuk ditunjukan kepada adik sebagai kenangan.
Harapkan gambar didalam hp ibu & video 3gp yang bapa senyap-senyam rakam masa bersama ibu di bilik hotel. Tiada pula gambar ibu & bapa bernikah mahupun berkahwin.
T-T
Bro : Apa yang adik ketahui mengenai bapa adik yang boleh menolong adik untuk ketemui bapa kandung adik?
Adik :
Adik hanya mengetahui nama bapa adik iaitu Abdullah. Itu pun adik reffer pada MyKid adik.
Adik ada bertanya pada ibu. Tetapi ibu marah adik sambil melontarkan kata-kata kesat, “Jangan kau tanya pasal jantan sial itu”.
Bila adik bertanya pada Papa Google & Mummy Yahoo, terlalu ramai kanak-kanak di luar sana di “bin binti”kan dengan nama bapa adik.
Adakah mereka adik beradik tiri adik?
Bro :-Adik jangan la bersedih. Erm apa yang adik harapkan di hari bapa buat bapa adik?
Adik :
Adik tidak harapkan apa-apa dari bapa adik.
Nak mintak dia jadi wali untuk adik nanti, cam dia tak layak je. Sekurang-kurangnya biar bapa adik menjadi lelaki yang berguna.
Cukuplah dengan mak-mak tiri adik yang ada. Tidak perlu menambahkan adik beradik tiri adik. Adik tak nak adik beradik tiri adik rasa seperti mana yang adik rasa.
Maaf, jika perbualan diatas agak panas dan pedas.
Dah lama tak menulis sesuatu yang puitis begini. Terima kasih sebab korang sudi membacanya.
r
Gambar bro bakal seorang bapa ;)
Ucapan terima kasih daripada seorang bapa atas ucapan Selamat Hari Bapa.. ;)
Ops…!!!
Terbongar gambar bro.
Kalau ikutkan nk je tayangkan lagi, cuma xnak orang tahu kisah silam bro
wuwuwuwu..touching…bab jadi wali tu yg touching sikit..xbnyk sikit jer..semoga kaum adam yg ada di dunia ni mampu menjadi seorang yg baik utk keluarga…
touching sikit je ke…
ala…. buat penat je bro taip panjang2 macam nie
takdelah bro..touching bnyak tu…faham dgn apa yg cuba bro sampaikan dari penulisan tu…insyallah bro..semoga kita tergolong di dalam pemimpin keluarga yg berjaya..:)
Owhhh…bro itu bapa yang tak berguna.
Pssttt…my bapa juga ABDULLAH tap nama tu nama betul dialah. Al-Fatihah buat arwah yang telah meninggal duni apada tahun 1977 kerana kemalangan kat tempat kerja.
Eh.. bro pula huhu.. bro mana ada anak lagi. Baru plan nak buat nie.
Al-fatihah..
Rindu kat arwah Abah..
Al-fatihah…
Al-fatihah juga.
Erm jaga mak elok-elok ek Nurul :)
kesiannye bdk tu..
Budak itu dalam fantasi bro je..
Tapi kalau ikutkan, bro dapat ilham nie lepas sembang dengan sorang budak tue…
Dah terlupa
dpt membayangkan situasi2nya..sedihkan..kesian bdk2 yg nasib camtu :(
fantasy yg mungkin ada. selamat hari bapa juga pada bapa2 semua.
hmm..dah tak ada bapa sejak dari kecik – dah arwah….