I Love Nuffnang.
Tapi tiada gunanya jika cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan.
Bicara Bro : Berapa sangat la Nuffnang sudi bagi pada blog macam bro nie kan. Nak bayar hosting bulan-bulan pun tak mampu.
Baik bro cari advertorial sendiri. Mampu juga nak sara hidup ini tiap-tiap bulan.
Ada sorang staff Nuffnang tanya pada bro, “Boleh ke cari makan dengan hanya berblog”
Jawapan bro senang je, “boleh, jika pandai bawa diri dan tak mengharapkan orang kutip kita untuk sesuatu yang percuma”.
Owhhh…I like your statement…ahakss… Nuffnang entah bila le nak merasa duit Nuffnang bukan blog glamer…:(
Bro pun bukan blogger glamer juga..
Biasa2 je.. Tak mengharap duit dari Nuffnang
Saya setuju dengan Bro.. Kadang tu saya rasa iklan nuffnang ni tak berpihak kepada saya dan juga beberapa rakan blogger lain..
Baru-baru ni tengah seronok menyaksikan 3 BE menari-nari di blog saya.. Tiba-tiba 3 BE tersebut jadi meter earning..
Sekali saya semak.. rupa-rupanya status keahlian saya daripada glitterati bertukar menjadi status keahlian biasa.. Berikut merupakan artikel yang dapat saya luahkan di blog saya tentang masalah ini..
Tiba-tiba BE bertukar jadi meter earning..
Saya pun tak tahu apa kesalahan blog saya.. Lepas tu saya hantar email dekat nuffnang.. Sampai sekarang tiada jawapannya..
Tapi alhamdulillah.. walaupun mereka tidak menjawab soalan saya.. pagi tadi saya tengok status keahlian saya ditukar jadi glitterati semula..
Nak buat macamana.. kita hanya menumpang sebahagian rezeki dekat nuffnang… terpaksalah menerima keadaan tersebut seadanya..
Bro tak berharap pada Nuffnang.
Sebab jumlah yang dorang bayar tak sesuai dengan konsep pengiklanan.
Bayangkan iklan bermain diblog seribu kali. Tapi hanya dibayar untuk klik (valid klik) sahaja.. itupun pada jumlah yang kecil.
Sedangkan banyak pengiklan bayar dorang based on jumlah empression dan bukan pada jumlah klik.
So bayangkan pengiklan beli pada jumlah 1juta view… tp blogger yang dapat berapa sen dari 1 klik dalam seribu view.
Berbaloi x?
Fikir-fikirkan la ek
NN bukan dewa dewi blog Malaysia…depa je taksub sgt letak.iklan NN..best lagi letak adsense..haha
He..23x tau xpe..
Ramai sangat blogger taksub dengan NN, sampai pandang aku sebelah mata je sebab aku xpakai NN.
Bila xpakai NN, dorang start anggap aku nie blogger biasa-biasa je (sedangkan kenyataannye aku memang blogger biasa he..23x)
sape la yang sebar dakyah sesat tu..wakaka..kelakar..ape igt tak letak NN tu income takde meh?
Dapat BE meracau kemain aku nengok..muahaha..kot NN bayar macam Adsense,memang aku salute le..tapi setakat ni NN takleh lawat sistem Adsense tu..
kelakar…(gelak kuat-kuat)
adsense rejek blog den.. alahai :'(
no more n*f*n**g….. babai…
wel kome to da club
aaahhh laaa…betul tu..bla fikir2 mcm mls dh nk psg nuff tu, tp x tau nk psg iklan apa pulak..nk psg iklan sendiri, xda sapa sudi nk sewa pulak hehe
Nuffnang, Adverlets semua tu macam penipu lah. Tak pernah merasa sesen pun dari diorang semenjak blogging
tumpang simpati. hahahaha :D
Goodbye NN, welcome innity??
Terbaik la bro!
dop suka gak nuff nie… tp tak tau nak letak iklan pe… adsense 2 kali dah kena ban…
pedasnya ayat akhir tu.
nuffnang ni cuma satu option. ada beribu-ribu option diluar sana. pilih aje yang menyenangkan hati kita.
betulah apa yg bro kata tu..saya terasa fedup dgn nufnang dah..
Rezeki di tangan Tuhan, pilihan di tangan masing-masing :)
Saya buka kipas susah mati mana2 ads network, blogger biasa2 macam bro juga ;)
jay tak penah daftar pun nuffnang ni..sebab tu dlm blog Jay langsung takde iklan..ngeh3.
one day bro akan jadi blogger yg semua org kejar tau
Buat apa dorang nak kejar..
Bro blogger biasa je
dengan blog ni, saya hidup bahagia ngan nuffnang.. and create another blog, cuma gunakan innity pulak..
insyallah lepas ni nak try adsense…
macam titan cakap, banyak option lain :)