April 27, 2024

Visa dan ShopBack Anjur Kempen ‘Jom Iftar Bersama ShopBack’

Jom Iftar Bersama ShopBack
ShopBack dan Visa akan menjayakan tiga hari Kempen Buka Puasa ‘Jom Iftar Bersama ShopBack’, yang akan dianjurkan dalam bentuk tempahan makanan dalam talian menerusi Stor Visa di ShopBack Malaysia bermula dari 14 – 16 Jun 2017.

Sepanjang tempoh acara ini,

Anda boleh melawat laman web dan menempah makanan/baucer dari Eatigo, Fave by Groupon, Foodpanda, atau PappaDelivery.



Tidak kira untuk diri sendiri ataupun untuk individu yang mahu anda taja dan nikmati Buka Puasa bersama, di mana Visa dan ShopBack akan memberikan Cashback RM25 ke dalam akaun selepas itu.

Kami sangat gembira dapat bekerjsama dengan Visa menerusi kempen ini dalam semangat Ramadhan. Kami berharap untuk merakamkan penghargaan dan menggalakkan semangat perkongsian antara pengguna dalam talian di Malaysia, bermula dengan menempah dan berkongsi makanan bersama orang di sekeliling.

Cashback yang diterima ini akan dipindahkan ke dalam akaun selepas pengesahan, yang juga adalah penjimatan yang boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang baik.” – Alvin Gill, Pengurus bagi ShopBack Malaysia.
Alvin Gill, Pengurus bagi ShopBack Malaysia
ShopBack Malaysia telah melihat 60% peningkatan dari segi bilangan pengguna di laman web dan aplikasi dalam tempoh enam bulan lalu, menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah dan sentiasa mencari cara-cara untuk berjimat kerana cabaran ekonomi semasa.

Kini, terdapat lebih dari 650,000 rakyat Malaysia membuat pembelian dalam talian menerusi akaun ShopBack setiap bulan.

Syarikat tersebut bekerjasama dengan lebih 500 rakan e-dagang dan antarabangsa untuk memberi ganjaran kepada pengguna sehingga 30% tunai setiap kali mereka berbelanja dalam talian.

ShopBack ialah platform CashBack terkemuka di Asia Tenggara yang telah membantu pembeli dalam talian di Malaysia menjimatkan sehingga RM13.5 juta sehingga kini.

Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Taiwan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web ShopBack Malaysia atau ikut Facebook rasmi mereka.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Visa dan ShopBack Anjur Kempen ‘Jom Iftar Bersama ShopBack’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *