Drypers Malaysia mengumumkan inisiatif program tanggungjawab korporat sosial (CSR), Share A Little Comfort CSR bagi tahun 2017.
Susulan kempen pertama yang dilancarkan tahun lalu, program itu kini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Drypers dalam usaha mewujudkan ruang yang selesa buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Baca : Share A Little Comfort 2016 Babitkan Penyertaan Ibu-ibu Malaysia Yang Bersemangat dan Penyayang.
Seperti tahun lalu,
Program ini bermatlamat untuk memperbaharui rumah-rumah anak yatim menjadi kediaman yang lebih selesa buat kanak-kanak dengan bantuan ahli Drypers Baby Club.
Berbanding tahun lalu, program inisiatif tahun ini diperluaskan ke kawasan di luar Lembah Klang dan sekitar pedalaman, di mana dua daripada kediaman ini terletak di negeri yang lebih jauh.
Justeru, Share A Little Comfort menjemput pihak ibu bapa yang penyayang supaya menyumbang mata ganjaran Drypers Baby Club sebagai sumbangan kepada penganjur atau menjadi sukarelawan dalam menjayakan kerja-kerja membaik pulih dan mengubah suai kediaman.
“Matlamat kami adalah merombak suasana rumah supaya kanak-kanak ada ruang yang lebih selesa dan menyenangkan kerana mereka sememangnya memerlukan keselesaan dan penjagaan.
Share A Little Comfort menghubungkan kalangan ibu bapa, yang rata-rata suka membantu, agar dapat menambah baik kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik” – Pengarah Pemasaran Vinda Group (South East Asia), Evelyn Chan.
Ibu bapa boleh memilih sama ada membantu dalam bentuk sumbangan mata ganjaran Drypers Baby Club ataupun menawarkan bantuan fizikal secara sukarela.
Ahli Drypers Baby Club digalakkan menyumbang mata ganjaran (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) dalam jumlah 100, 300 atau 500 menerusi akaun atas talian.
Matlamat akhir Drypers adalah mengumpul satu juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000, di mana setiap sumbangan akan dipadankan sendiri oleh Drypers.
Drypers kini sudah mengenal pasti empat buah rumah anak yatim yang memerlukan penambahbaikan – dua daripadanya terletak di luar Lembah Klang.
Baik pulih kediaman pertama ialah di Chemor, Perak pada 22 April lalu seiring dengan Hari Pengiktirafan Sukarelawan.
Sukarelawan dari Vinda Group, ibu bapa dan profesional turun menghulurkan bantuan dalam menaik taraf Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak 2006 untuk menyediakan kemudahan penginapan dan pendidikan kepada kanak-kanak lelaki berusia antara 1 hingga 17 tahun.
Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan ke atas rumah anak yatim itu yang kini menjadi kediaman kepada 53 kanak-kanak. Antara bentuk naik taraf yang telah dibuat ialah membaiki siling dan pintu, menggantikan kipas dan perkakasan elektrik, mengecat dinding dengan warna lebih ceria dan menyediakan katil baharu.
Bagi menjayakan usaha itu, Drypers sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif CSR ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenama Drypers dan kempen program, anda boleh layari www.drypers.com.my