April 26, 2024

Mee Udang Special di Restoran Tempayan Sungai Buloh

Mee Udang di Restoran Tempayan Bandar Baru Sungai Buloh
Jika puan isteri mengidam nak perkena Mee Udang, dah tak perlu pergi jauh.

Kami sekeluarga boleh pergi perkena Mee Udang di Restoran Tempayan yang terletak di Bandar Baru Sg Buloh.

Nampak tak udang dekat situ?

Nampak tak….!!! Nampak tak….!!!

Bagi peminat Mee Udang, anda boleh try Mee udang Tempayan di sini pada harga RM15, Special pula pada harga RM20.

Selain Mee Udang, terdapat juga beberapa hidangan yang anda boleh nikmati disini selain nasi campur (waktu lunch sahaja)

Menu Pilihan di Restoran Tempayan Sungai Buloh

Ayam Kampung Set Restoran Tempayan Bandar Baru Sungai Buloh
Ayam Kampung Set – RM9.50

Yup, Ayam Kampung…!!!

Nikmat menikmati ayam kampung berbeza dengan “ayam bandar”. Lebih-lebih lagi yang hidup beberapa minggu dah kena sembelih.

Anda boleh cuba Ayam Kampung Set yang dijual disini. Memang menarik dan sedap dimakan ketika panas (Elak ambil gambar makan terlalu lama sehingga ianya sejuk)

Ikan Bawal Set Restoran Tempayan Bandar Baru Sungai Buloh
Ikan Bawal Set – RM9.50

Jika rasa jemu dengan ayam atau tak biasa makan ayam kampung (ada ke yang tak minat makan ayam kampung).

Anda boleh cuba Ikan Bawal Set yang dijual disini.

Asam Pedas Set - Restoran Tempayan Bandar Baru Sungai Buloh
“Asam Pedas Set – RM9.50

Terdapat juga Asam Pedas Set (dalam gambar tanpa set nasi)

Anda boleh pilih ikan pari, ikan merah ataupun ikan kembung untuk Asam Pedas Set ini. Dan pilihan Bro semestinya ikan pari.

Memang licin kuahnya Bro nikmati <~ mamat ini memang hantu asam pedas.

Nasi Ayam Tempayan - Restoran Tempayan Bandar Baru Sungai Buloh
Nasi Ayam Tempayan – RM5.80

Jika rasa susah sangat nak buat pilihan.

Anda boleh cuba sendiri Nasi Ayam Tempayan yang ada dijual disini.

Pemilik Restoran Tempayan Bandar Baru Sungai Buloh

Puan isteri sempat bergambar dengan tuan empunya restoran di port strategik “bertempayan” untuk bergambar.

So, sekiranya anda berada di kawasan berdekatan atau terlalu di sekitar Bandar Baru Sg Buloh. Anda boleh try menu yang ditawarkan disini.

Tak susah pun nak cari tempat nie, hanya perlu waze “Restoran Tempayan Sungai Buloh”

Restoran Tempayan Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh
Sungai Buluh, Selangor, Malaysia

Facebook : Restoran Tempayan

No Tel : 03 6151 2221, Fax: 03 6151 2221

Bicara Bro : Dengar cerita banyak production filem/drama menjadikan Restoran Tempayan ini sebagai lokasi shooting.

Tidak lupa juga, disini turut menjual lempeng sebagai menu minum petang. Yup lempeng. Kenapa? Pelik ke?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Mee Udang Special di Restoran Tempayan Sungai Buloh

  1. selalu lalu kat situ tapi belum dapat hidayah makan kat restoran tu hehehe… baru2 ni makan mee udang jugak tapi kat kulim. sapa pergi area kulim boleh try mee udang taman mutiara sg kob.. gerai dia tepi jalan jer.. memang sedap. Murah giler.. mee udang semangkuk RM6 udang besar 4 ekor.. kuah dia memang sedap. ada jugak mee ketam.. erkk.. ni komen review mee udang jer hahahaha…

  2. now dah tutu ganti dengan texas chiken, Xtau la kenapa tutup..murah kot makanan dia…syg je…tu tpt wajib kiteorang lepak mkn nasik lemak pagi2 sabtu/ahad…

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *