April 26, 2024

Bertemu Janji di Just Pie – IOI City Mall Putrajaya

Just Pie IOI City Mall
Ini merupakan kali pertama Bro menjejak kaki di IOI City Mall, Putrajaya. Kehadiran Bro ke sini atas urusan kerja dan ada temu janji dengan seseorang.

Just Pie (IOI City Mall) menjadi lokasi temu janji kami.

Lagipun ianya mudah dicari kerana berdekatan dengan District 21 dan juga Icescape (tempat orang main ice skating) di Level 1, IOI City Mall Putrajaya.

Sambil menunggu, Bro menikmati hidangan yang ada dijual disini.

Just Pie - Chicken Mushroom & Lamb Stew
Nampak menyelerakan tak? Bro order 2 jenis pie iaitu : –

  • Chicken Mushroom Savory Pie – RM8.40
  • Lamb Stew Savory Pie – RM10.50

Harganya boleh tahan dan ianya sedap dinikmati ketika ianya masih panas.

Just Pie - Chicken Mushroom Savory Pie

Just Pie - Lamb Stew Savory Pie

Nampak tak intinya,

Intinya padat dan rasanya tidak mengecewakan.

Kebanyakan pie ini disediakan dikilang kemudian disejuk beku sebelum ianya dimasak di outlet mereka sebelum dijual.

Dalam banyak outlet mereka, di Just Pie IOI City Mall Putrajaya disedikan tempat duduk untuk anda menikmati Pie mereka sambil melihat mereka yang bermain luncur ais di Icescape.

Just Pie IOI City Mall Putrajaya Sijil Halal

Eh, jangan risau. Pie dan makanan yang dijual di Just Pie mempunyai sijil Halal.

Kalau rasa ragu-ragu. Boleh minta mereka tunjukkan sijil halal itu kepada anda.

Selain 2 pie diatas, mereka juga ada menjual beberapa jenis pie (mungkin dilain masa, Bro cuba yang lain juga). Diantaranya :-

  • Chicken Cheese Savory Pie – RM8.40
  • Curry Chicken Savory Pie – RM8.40
  • Black Pepper Chicken Savory Pie – RM8.40
  • Steak ‘n’ Cheese Savory Pie – RM9.50
  • Black Pepper Beef Savory Pie – RM9.50
  • Creamy-3-Mushroom Savory Pie – RM8.40
  • Shepherd’s Pie Savory Pie – RM10.50

Selain pie, ada beberapa jenis manisan turut dijual disini. Anda boleh rujuk di http://justpie.com.my/.

Latte Just Pie IOI City Mall Putrajaya

Latte menjadi pilihan Bro sambil menikmati kehangat pie pada harga RM12.00

Mesti korang tertanya-tanya dengan siapa Bro bertemu janji bukan? Biarlah ianya menjadi tanda tanya buat korang semua he…23x

Menang Samsung Note 4 Bersama Just Pie

Contest Instagram Just Pie

Ada berita baik buat pelanggan Just Pie dimana anda berpeluang untuk memenangi Samsung Note 4 dengan menyertai peraduan yang mereka adakan di Instagram.

Apa yang anda perlu buat?

Anda hanya perlu bagi Bro menang peraduan ini dengan like sebanyak boleh gambar penyertaan Bro di Instagram he..23x Tipu je.

Apa yang sebenar-benarnya anda perlu buat :-

  1. Muat naik gambar hidangan yang anda nikmati di Just Pie di akaun Instagram anda dengan hashtag #piefieICM
  2. Dapatkan rakan-rakan anda like gambar tersebut sebanyak yang boleh.
  3. Pemenang akan dipilih mengikut jumlah like terbanyak.

Selain Samsung Note 4, turut ditawarakan 10 voucher bernilai RM50 sebagai hadiah saguhati.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada hujung bulan ini – 30 April 2015.

Outlet Just pie

Just Pie IOI City Mall Putrajaya
Antara Outlet Just Pie :-

Just Pie IOI City Mall Putrajaya
012-315 5648

Just Pie 1Utama
017-395 6269

Just Pie The Garden Mid Valley
012-217 8943

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Bertemu Janji di Just Pie – IOI City Mall Putrajaya

  1. Saya suka sangat pie.
    Kalau ada pie buah-buahan lagi suka.
    Bila berkesempatan boleh jejak kaki ke IOI Mall.

Leave a Reply to AZENI AHMAD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *