February 7, 2025

Nasi Lemak Daun Pisang RM1 Bandar Tun Razak

Nasi Lemak Daun Pisang RM1
Menikmati sebungkus nasi lemak daun pisang berharga RM1.

Mana nak cari nasi lemak macam ini dekat KL. Harga RM1 pula itu. Tapi anda boleh menikmatinya di Medan Selera Bandar Tun Razak sebelah stesen minyak BHP.

Walaupun potionnya tidak beberapa banyak (jadikan sudu sebagai skala). Inilah rezeki Bro untuk hari ini.

Jika dulu, setakat 2-3 bungkus nasi lemak tiada masalah. Sekarang perlu dikawal sikit pemakanan dan jumlah yang dimakan.

Bukan sebab GST

Tapi lebih kepada nak jaga kesihatan dan faktor kewangan. Seksa bila nilai ringgit jatuh mendadak. Terasa kesannya bila kita terlalu mengharap pada ringgit je selama ini.

Disini Bro kongsikan video yang Bro temui di Youtube bagi anda yang ingin belajar cara nak membungkus nasi lemak daun pisang.

Kerna yang penting sekali, pastikan daun yang anda guna untuk membungkus nasi lemak sudah dibersihkan dan memang bersih.

Seeloknya guna daun pisang yang masih berwarna hijau.

Jangan nak kejar keuntungan sampai sanggup guna daun pisang yang hampir berwarna kekuningan.

Yup, tau susah nak cari daun pisang dekat Kuala Lumpur ini. Tue yang ramai jual nasi lemak harga mahal lagi2 bila dibalut dengan daun pisang.

Tapi nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang lebih menyelerakan. Betul x?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Nasi Lemak Daun Pisang RM1 Bandar Tun Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *