Astro Shaw dan Tarantella Pictures menampilkan sebuah filem terbaru berjudul ‘PILOT CAFE’ yang akan menemui para penonton di layar perak pada 30 April 2015 ini.
Filem yang diadaptasi dari novel Pilot Cafe hasil karya Ahadiat Akashah ini telah mendapat sentuhan dari pengarah berkaliber, Osman Ali dan nukilan skripnya pula oleh Ahadiat Akashah sendiri.
Kemunculan filem bergenre romantik drama ini menggabungkan barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak, Neelofa, Keith Foo, Dato’ Eizlan Yusof, Raja Ilya, Aishah Ilias, Ainul Aishah, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.
Bagi anda yang meminati Filem seperti Ombak Rindu, jangan lupa saksikan Filem Pilot Cafe yang akan mula ditayangkan pada 30 April 2015 ini.
Sinopsis Pilot Cafe
Pilot Cafe mengisahkan tentang kehidupan seorang juruterbang iaitu Ameer Reza (Fahrin Ahmad) yang mempunyai sikap suka berfoya-foya. Beliau gemar mempermainkan hati wanita membuatkan dirinya tidak pernah tunduk pada pujuk rayu dan air mata wanita.
Namun, segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabat karibnya, Harris (Keith Foo) yang maut ketika sedang mengendalikan helikopter. Ameer mula sedar hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan. Lalu, dia berniat untuk insaf dan meninggalkan kekhilafan lampaunya.
Bukan mudah laluan buat Ameer untuk kembali ke pangkal jalan. Dia sering diburu igauan mimpi ngeri atas perbuatan silamnya.
Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan membuat keputusan untuk mengusahakan sebuah restoran yang diberi nama ‘Pilot Cafe’.
Di saat kerjaya baru semakin stabil, takdir telah menemukan Ameer bersama seorang gadis kampung, Maya (Izara Aishah) yang sedang diburu oleh bapa ayam. Melihat keadaan Maya yang dalam ketakutan membuatkan Ameer terus menghulurkan bantuan.
Ameer mengambil keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dia dapat menebus kekhilafan lalu. Niat yang mulanya sekadar ingin membantu namun berubah apabila hatinya semakin terpanggil untuk mencungkil rahsia kehidupan sebenar Maya.
Sedikit demi sedikit Ameer mula mengetahui punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur dan itu membuatkan dia semakin simpati terhadap gadis naif yang sedang berbadan dua dek terlanjur dengan kekasih hatinya Rashid (Remy Ishak).
Saat itu juga dia terkenangkan Sharmila (Neelofa) iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia juga tertarik pada gadis itu. Malangnya, Sharmila telah menghilangkan diri sewaktu dia menyuruh gadis itu menggugurkan kandungannya.
Lantas, Ameer mengambil keputusan untuk menjaga Maya dan memberi perhatian pada bayi kandungannya. Baginya ini adalah salah satu cara untuk dia menebus rasa bersalah terhadap wanita-wanita yang pernah dia sakiti.
Maya turut meminta Ameer menyamar sebagai suaminya demi memperbaiki hubungan bersama ibu bapanya agar tidak salah faham di atas kandungannya serta menjaga maruah seluruh kerabat diri.
Di saat bahagia mula terukir, wanita yang Ameer cintai, Sharmila (Neelofa) muncul bersama seorang anak kecil. Ameer mula dihimpit rasa bersalah. Sementara itu, teman lelaki Maya, Rashid (Remy Ishak) kembali menuntut haknya ke atas Maya.
Apakah yang akan terjadi selepas itu? Mampukah Ameer Reza mengecapi kebahagiaan atau dia sememangnya tidak layak merasai cinta atas hukuman dari dosa-dosa silamnya?
Adakah Maya akan terus setia pada cinta Rashid atau dia mula menyedari hatinya kini milik Ameer?
Sama-sama kita saksikannya di pawagam bermula 30 April 2015 ini.
Trailer Pilot Cafe
Review Pilot Cafe dari Bro Framestone
Sentuhan Osman Ali tidak mengecewakan, dan kebanyakan dialog dan jalan cerita mengikut idea asal dari penulis asal novel ini, Ahadiat Akashah.
Pemilihan Fahrin Ahmad dan Izara Aishah memegang watak yang hidup mereka dihantui dosa silam amat bersesuaian. Walaupun kehidupan mereka berdua jauh berbeza, kenangan silam membuatkan mereka berdua berusaha menjadi lebih baik dan membaiki kesilapan lalu.
Lakonan Remy Ishak dan Neelofa juga tidak boleh kita endahkan.
Mereka berdua mampu menghidupkan watak dalam memberi tekanan kepada watak utama untuk membuat keputusan terbaik sehingga mereka mengambil keputusan untuk lepas tangan.
Paling menarik,
Bila pickup line disusun teratur dan mampu membuat anda semua ketawa dalam situasi sedih mahupun serius. Ianya datang sendiri dari Ahadiat Akashah.
Isu lelaki yang suka lepas tangan selepas terlanjur ditekankan dalam filem ini. Dalam masa yang sama ia memaparkan satu sisi dimana ada lelaki yang tahu menghargai wanita walaupun tahu wanita tersebut telah terlanjur dan hilang arah tuju dalam hidup mereka.
Maka, jangan pula lepas ini ada pihak cakap, “Semua lelaki, sama sahaja”
Apa yang Bro nampak, terdapat beberapa babak yang mampu membuat anda menangis terutama part :-
- Ibu kepada Ameer Reza (Fahrin Ahmad) menghalau beliau sebab tahu hidup anaknya asik berzina.
- Maya (Izara Aishah) menyatakan bahawa dia nak sangatRashid (Remy Ishak) mengambil dia sebagai isteri, sedangkan waktu itu, Ameer Reza (Fahrin Ahmad) telah jatuh hati padanya.
- Babak Ameer Reza (Fahrin Ahmad) memeluk dan mencium budak yang dibawa oleh Sharmila (Neelofa), yakni anak mereka berdua.
- Bila suami Sharmila (Neelofa) menyuruh dia kembali kepada Ameer Reza (Fahrin Ahmad) kerana dia tak mampu hidup lama.
- Babak Ibu Ameer Reza (Fahrin Ahmad) menangis bila Ameer pulang semula ke rumah.
Selfie Bersama Pelakon Pilot Cafe
Nampak sweet tak kami berdua, macam pakat nak pakai tema sama pulak hari itu.
Bicara Bro : Bukan senang nak cari lelaki yang mampu jadi pak sanggup semata-mata nak lindungi aib seorang perempuan. Dalam masa yang sama, dia kaya he…23x
tajuknya takde idea cerita macam mana… filem berat ni tapi pelakonnya mantaplah
Dengar cerita… Ada sambungannya he…23x
Akak rasa watak yang sepatutnya dibawa Izara dan Neelofa macam tertukarlah Bro. Sebab wajah gadis kampung tak sesuai dengan Izara Aisyah.
He…23x part tue kena tanya pengarah… Sebab mereka nak jadikan Izara as heroin dalam cerita ini…
osman ali selalunya tak mengecewakan…. sinematografi awesome.. kan
osman ali selalunya tak mengecewakan….
sinematografi awesome.. kan
sinematografi dia memang tak mengecewakan dalam filem ini…
aikkk..nape tak bertudung plak neelofa tuh
Filem lama.. shooting tahun 2012-2013
tapi dalam novel,,ameer reza tak jatuh cinte pon kat izara. die just kesian and nak tebus kesilapan lampau die. ke aku silap bace? haha.
Dekat hujung2-hujung cerita ini je. Tapi tak sempat dia nak bagitau, Izara dah cakap dia akan berkahwin dengan Remy bulan depan. Terus dia tak jadi luahkan then blah…
Tau2 je dia cakap ada sambungan.
alamak yang last tuh…. sweeet sangat bro..haha