Berita baik buat rakan-rakan yang ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2015 tetapi ada masalah dari segi bajet pembelanjaan.
Jom sertai Jelajah Raja Sehari Mega 2015 yang ternyata membawa kelainan dengan menyediakan pelbagai inisiatif menarik untuk pasangan pengantin dengan memberikan seribu pengalaman indah yang akan diingati sehingga ke akhir hayat anda.
Program perkahwinan beramai-ramai pada tahun 2015 ini merupakan anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu dengan menyasarkan seramai 400 pasangan yang akan dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang serba mewah dan meriah dengan kos yang paling minimum iaitu RM5000.00/pasangan.
RM5,000 untuk satu pasangan?
Yup, lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah majlis nikah dan sanding kebiasaan pasangan masa kini.
Anda sendiri mengetahui bahawa kos untuk berkahwin saban tahun semakin meningkat dan secara tidak langsung membebankan pasangan yang ingin berkahwin.
Adakalanya pembelanjaan perkahwinan melebihi kemampuan sehingga sanggup berhutang dan buat pinjaman bank untuk merasai perkahwinan yang serba mewah dan meriah.
Oh, mereka memang mampu. Biarkan mereka, pembelanjaan perkahwinan ikut kemampuan sendiri.
Betul tak?
Jelajah Raja Sehari Mega 2015 merupakan rentetan kejayaan majlis yang telah diadakan di Putrajaya pada tahun ini dengan jumlah penyertaan sebanyak 73 pasangan daripada seluruh semenanjung Malaysia.
Langkah yang diambil oleh pihak penganjur ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mengurangkan kadar penglibatan belia dalam gejala sosial yang tidak sihat dan kecenderungan berhutang untuk mendirikan rumahtangga.
Kewujudan JRSM2015 secara tidak langsung menjadi platform membantu golongan belia dari sudut pengurusan kewangan yang efektif sebelum dan selepas alam perkahwinan.
Tarikh dan Lokasi Program Majlis Raja Sehari Mega 2015
Jelajah Raja Sehari Mega 2015 akan dimulakan di :-
- Johor (27 & 28 Mac 2015)
- Putrajaya (6 & 7 Jun 2015)
- Pahang (10 & 11 Oktober 2015 )
- Kedah (11 & 12 Disember 2015)
Ia menyasaran penyertaan seramai 100 pasangan bagi setiap negeri tersebut.
Pakej yang dibayar oleh pasangan meliputi seawal proses pendaftaran nikah, persalinan pengantin, pelamin mega, katering, kad jemputan dan ‘goodies bag’, penginapan di hotel bertaraf 5 bintang semasa majlis, pakej bulan madu dan banyak lagi.
Disamping itu, perarakan menaiki kereta mewah diiringi oleh konvoi ‘supercar’ dan motorsikal berkuasa tinggi adalah antara pengisian menarik yang bakal dilalui oleh pengantin JRSM2015.
Pendaftaran Jelajah Raja Sehari Mega 2015 kini dibuka dan terhad kepada 100 pasangan sahaja untuk setiap negeri terpilih. Hubungi: 011-23740010 (Bobo) / 017-3060543 (Yousef) / 017-3476740 (Rustam) atau layari www.facebook.com/rajaseharimega.
Program yang sangat bagus. Moga ramai yang tak melepaskan peluang begini dan moga usaha kerajaan membuahkan hasil. Aamiin Ya Rabb.
Harap ramai la yang mendaftar. Cuma manteliti kita, bila ada jalan senang, kita sendiri menyusahkannya. Sebab asik dok fikir apa orang lain akan cakap.
Bestnya.. Ini untuk majlis Perkahwinan bersama isteri Pertama sahaja ker? Bagaimana pula untuk Majlis Perkahwinan bersama isteri kedua, ketiga dan keempat? ;)
Yang itu Bro xpasti, kena tanya pihak penganjur… Kalau boleh, Bro pun nak he…23x Tapi buat masa sekarang nie, tak beberapa nak mampu
memang jimat habis dah kalau bajet RM5000 untuk satu pasangan tu..hu3
Bro dulu pun RM5,000 habis dekat pelamin, baju + make-up & photographer sahaja. Itu pun untuk satu majlis je.. Belum lagi majlis yang lagi satu T-T
Bagus program seperti ini dapat mengurangkan beban yang ingin bina masjid.
Harap program macam ini mendapat tempat dihati belia2 yang nak tamatkan zaman bujang mereka.
boleh tambah sorang lagi ni, jimat sikit. hehehe
He…23x shhhhh senyap je la….
Untung ada program macam ni, bukan jimat je, sangat meriah kahwin ramai-ramai.
Ada tak rakan-rakan blogger yang nak join sama kahwin ramai2 macam nie?
dah boleh plan lah untuk tahun depan. ^__^
Fyna nak apply ke?
Baguslah ada program mcm ni.. mengurangkan zina juga kan.. alhamdulillah..
Tetapi kalau dioffer bagi mereka yang nak kahwin lagi, dan isteri izinkan.. lagi boleh kurangkan zina :)
WoowWW…! bagus jugak kann
Daftar la Deno, kena nk bro daftarkan untuk kita he…23x
memang bagus program macam ni…memberi peluang kepada mereka yang mahu mendirikan masjid tanpa keluarkan kos yang terlalu mahal…faham-faham je la, nak kahwin sekarang ni belanja bukannya murah…sebab tu ramai yang masih membujang lagi…termasuk la saya bro…hee
Ok, sape yg belum kawen boleh cepat2 gi daftar.. ^_^
RosmizaAliDotComâ„¢
hehe mcm kenal je program nie :)
tahun lepas iena join as make up artist
Bagus la… Tahun nie join sebagai pengantin pula he..23x
Ops
Dafta xde calon pn nk wat pe kan Lalallaaa
iena klu kawen mmg nk wat simple je
tp buat kt kampung je kot
invite saudara n rakan terdekat je
Yg ni meriah betul tp limited utk 100 tetamu untuk sepasang pengantin..
pengantin ppuan 50 tetamu
lelaki 50 tetamu
saudara iena lebey dr 50
so x sesuai yg ni..
nty ramai xdpt dtg
sentap2 pulak..
Betul juga tue… Bro tempoh hari, belah perempuan terpaksa letak 2000 jemputan… Memang ramai yang datang…
Jemput Bro tau…
ke nk Bro yang bersanding sama nie?
hehe Insya Allah kalau ade jodoh ade ler jemputan sampai
amboii.. nak kawen sekali lagi ke bro hahaha kene cubit ngan kak ira tau la :p
ni tahun lepas nye pic dalam dewan majlis tu
http://www.ienaeliena.com/2014/05/majlis-raja-sehari-megarsm-disambut.html
tak berapa selesa sebenarnya tp kalau yg very budget tu blh la join bg mengelakkan benda tak elok..ade calon duit tak cukup..join je program nie :)
Mana la tahu kot2 ada rezeki ke kan….
hehe opsss
Alhamdulillah…Bagusla usaha permudahkan hal yang halal…
xder buat kat sabah n sarawak ke?
waaah bestnye.. nk daftar boleh?
Silakan… rasanya pendaftaran masih lagi dibuka
mcm mane nak tau negeri lain bila ekk? ade website tak ekk?
Salam… mcm mana nak daftar yaa… saya betul2 berminat…
sye daa join, best ler..
sye daa join, hmmmm…best ler..
Tahniah :)