April 18, 2024

Pendaftaran Jelajah Raja Sehari Mega 2015

Jelajah Pengantin Raja Sehari Mega 2015
Berita baik buat rakan-rakan yang ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2015 tetapi ada masalah dari segi bajet pembelanjaan.

Jom sertai Jelajah Raja Sehari Mega 2015 yang ternyata membawa kelainan dengan menyediakan pelbagai inisiatif menarik untuk pasangan pengantin dengan memberikan seribu pengalaman indah yang akan diingati sehingga ke akhir hayat anda.

Program perkahwinan beramai-ramai pada tahun 2015 ini merupakan anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu dengan menyasarkan seramai 400 pasangan yang akan dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang serba mewah dan meriah dengan kos yang paling minimum iaitu RM5000.00/pasangan.

RM5,000 untuk satu pasangan?

Yup, lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah majlis nikah dan sanding kebiasaan pasangan masa kini.

Anda sendiri mengetahui bahawa kos untuk berkahwin saban tahun semakin meningkat dan secara tidak langsung membebankan pasangan yang ingin berkahwin.

Adakalanya pembelanjaan perkahwinan melebihi kemampuan sehingga sanggup berhutang dan buat pinjaman bank untuk merasai perkahwinan yang serba mewah dan meriah.

Oh, mereka memang mampu. Biarkan mereka, pembelanjaan perkahwinan ikut kemampuan sendiri.

Betul tak?

Majlis Perkahwinan Mega di Putrajaya

Jelajah Raja Sehari Mega 2015 merupakan rentetan kejayaan majlis yang telah diadakan di Putrajaya pada tahun ini dengan jumlah penyertaan sebanyak 73 pasangan daripada seluruh semenanjung Malaysia.

Langkah yang diambil oleh pihak penganjur ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mengurangkan kadar penglibatan belia dalam gejala sosial yang tidak sihat dan kecenderungan berhutang untuk mendirikan rumahtangga.

Kewujudan JRSM2015 secara tidak langsung menjadi platform membantu golongan belia dari sudut pengurusan kewangan yang efektif sebelum dan selepas alam perkahwinan.

Tarikh dan Lokasi Program Majlis Raja Sehari Mega 2015

Tarikh Program Majlis Raja Sehari Mega 2015

Jelajah Raja Sehari Mega 2015 akan dimulakan di :-

  • Johor (27 & 28 Mac 2015)
  • Putrajaya (6 & 7 Jun 2015)
  • Pahang (10 & 11 Oktober 2015 )
  • Kedah (11 & 12 Disember 2015)

Ia menyasaran penyertaan seramai 100 pasangan bagi setiap negeri tersebut.

Pakej yang dibayar oleh pasangan meliputi seawal proses pendaftaran nikah, persalinan pengantin, pelamin mega, katering, kad jemputan dan ‘goodies bag’, penginapan di hotel bertaraf 5 bintang semasa majlis, pakej bulan madu dan banyak lagi.

Disamping itu, perarakan menaiki kereta mewah diiringi oleh konvoi ‘supercar’ dan motorsikal berkuasa tinggi adalah antara pengisian menarik yang bakal dilalui oleh pengantin JRSM2015.

Pendaftaran Jelajah Raja Sehari Mega 2015 kini dibuka dan terhad kepada 100 pasangan sahaja untuk setiap negeri terpilih. Hubungi: 011-23740010 (Bobo) / 017-3060543 (Yousef) / 017-3476740 (Rustam) atau layari www.facebook.com/rajaseharimega.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

36 thoughts on “Pendaftaran Jelajah Raja Sehari Mega 2015

  1. Bestnya.. Ini untuk majlis Perkahwinan bersama isteri Pertama sahaja ker? Bagaimana pula untuk Majlis Perkahwinan bersama isteri kedua, ketiga dan keempat? ;)

  2. memang bagus program macam ni…memberi peluang kepada mereka yang mahu mendirikan masjid tanpa keluarkan kos yang terlalu mahal…faham-faham je la, nak kahwin sekarang ni belanja bukannya murah…sebab tu ramai yang masih membujang lagi…termasuk la saya bro…hee

    1. Ops
      Dafta xde calon pn nk wat pe kan Lalallaaa
      iena klu kawen mmg nk wat simple je
      tp buat kt kampung je kot
      invite saudara n rakan terdekat je
      Yg ni meriah betul tp limited utk 100 tetamu untuk sepasang pengantin..
      pengantin ppuan 50 tetamu
      lelaki 50 tetamu
      saudara iena lebey dr 50
      so x sesuai yg ni..
      nty ramai xdpt dtg
      sentap2 pulak..

    2. Betul juga tue… Bro tempoh hari, belah perempuan terpaksa letak 2000 jemputan… Memang ramai yang datang…

      Jemput Bro tau…

      ke nk Bro yang bersanding sama nie?

Leave a Reply to Rosmiza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *