Budaya perkahwinan masyarakat Melayu di Johor tiadakan meriah tanpa budaya membayar tol dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.
Pasti suasana meriah dan kecoh dari kedua-dua belah pihak.
Niat asal mungkin sekadar berseloroh bagi mengeratkan hubungan kedua-dua belah keluarga. Tetapi kenkadang nampak macam melampau juga terutama bila tol yang ada lebih banyak dari tol yang ada di Malaysia.
Dan paling malang bila sampai ke tol terakhir yang dijaga oleh mak andam.
Tak lepas yang ini maka tak lepaslah nak merasa bersanding dengan pengantin perempuan. Duduk bawah pelamin la gamaknya.
Sebab mak andam ini kenkadang ada yang cerewet. Siap belek-belek lagi. Kalau tak cukup siap mintak lagi. Lagi malang kalau dapat mak andam yang mulut celupar.
Sedap-sedap je cakap kuat-kuat kata tol tak cukup siap mention berapa dia dapat. Mahu merah telingga si pengantin lelaki kena bahan.
Kalau bro kena, dengan baran + darah tinggi yang bro ada ini. Ada juga yang kena tikam dengan keris bro atas pelamin.
Bagi korang yang berpengalaman secara langsung atau secara tidak langsung dengan budaya ini. Ada apa-apa cadangan tak bagi tak membebankan pihak pengantin lelaki.
Untuk backup, berapa banyak perlu disediakan supaya tiadalah pihak lelaki berpeluh-peluh belek sana sini sampul atu duit untuk membayar tol?
Kredit gambar : Muhammad Tarmizi
Bicara bro : Tinggal lagi sebulan 2 minggu sebelum majlis perkahwinan bro.
Tak sangka dapat orang Johor. Menyesal dulu masa kenal tak tanya dia asal mana.
Dulu bro pernah ada pengalaman hadiri majlis perkahwinan di Johor. Waktu pakcik sedara bro kahwin. Time tue bro kecik lagi.
kalau baran memang tak merasa la bro duduk atas pelamin. berdiri tengah panas. Banyak tempat diaorang buat tol. Kalau aku buat tol sekurang-kurangnya rm10 seorang.hahaha
Amboi… Kalau RM10 sorang sampai dekat mak andam mahu die request Rm200…. Total semua sekali dah sama nilai dengan down payment kereta sebijik he..23x mahu parah jadinye.
Tak ape, keris dah tersemat di tangan. Tunggu je la
haha..kebiasaannya pengantin lelaki dah standby setiap sampul RM1 tetapi ada jugak yang letak duit syiling..huhu kedekut.
Tol ini sebenarnya boleh dibincang untuk penyediaan bajet tetapi hari sebenar belum tentu lagi apa ada yang mengada-gada kata tak cukup.
Dulu saya ajar bagi duit syiling. Hak lantak kira satu-satu duit syiling. :-)
Bro kalau kena tahan. Tabur gula-gula biar budak-budak buat havoc sedikit. :-)
Ada gak plan nak letak RM1.
Tengok la nanti bagaimana. Boleh jadi Drama King kot. Sila hari bulan ada yang rakam video aksi bro dan masuk dalam youtube.
Mahu femes juga bro nanti.
kene cek tu ade wat ag ker x..tp kalo ‘moden’ skit dh x wat dah..hehe
He..23x bro dah diberitahu awal-awal
masih ada lagi tol tu sampai sekarang.haha
Masih ada lagi tol ini. Saya punya gaya kalau banyak songel sangat angkat kaki balik. :-)
Itu pun termasuk dalam plan juga…
Tapi nak buat macam mana kan, tak kan nak balik tangan kosong je. Angkut la sekali anak orang tue.
Nikah dah settle, sanding je x?
Dah jadi hak si suami. Kalau tak nak ikut, dah jatuh hukum dah pada si isteri he..23x
Alah apa susah sudah nikah. Isteri kena patuh kepada suami bukan mak andam. :-)
seronok sebenarnya dapat tol nih..
selagi tak puas hati selagi tuh tak
nak berganjak.. hik3
Gaya macam pernah jadi tol je nie
plg memalukan adalah bila byr tol tu, bley plak cakap xcukup. pastu persenda ai 2 ringgit je srg? xkn xleh bg lebey. dh la dpn2 org. tu blom campur mak andam. menda nak bergurau pon ada limit gk. jgn sampai jatuhkan maruah keluarga pengantin. menda ni pernah terjadi waktu attend wedding sedara-mara yg kawin ngan org johor.
Bro awal-awal kot tunjuk taring. Don’t play with me…
Takut silap hari bulan ada yang terpaksa jalan tunduk bawah je bila jumpa bro.
wah… tak leh cari bini orang johor nampaknya ni.hehehehe
He…23x takut bajet larik ek?
x kot, tgk tempat jugak, x semua buat tol tol nih
Buat masa sekarang, tak semua yang buat. Macam kes bro, dorang dah bagitau awal-awal
ada pula budaya kahwin mcm ni.. first time dengar
ada pula budaya kahwin mcm ni. First time dengar lah
Memang ada. Dan diamalkan di negeri Johor
6 tahun aku kt jhor tp ni first aku dgr pla..
Itu semua adat. Bincang elok2 dengan keluarga pengatin selesai masalah. Ada jugak org Johor yg dah tak guna pakai adat tu lagi.
Tapi kalo Bro nak best kat depan sekali tu letak gengster. Sambil bagi salam terus tunjuk penumbuk sah2 mak andam tu larikkkk…ekekekeeeee…
He…23x Kenkadang bukan sebab keluarga, tapi sebab masyarakat disana. Family pengantin dok tersenyum tak sambar nak sambut menantu.
Ada pula yang tertiba buka tol depan tue. Samy vellu pun tak buat macam tue
betul tu bro.. ini la adat orang johor.. pernah juga dapat tol tu walaupun bukan tuan umah..menyebok kat pintu je pun.. haha..
BAJET 2013: YEAY DAPAT rm250
He..23x ini bukti jelas, ada gaya jadi tol gate girl ek
Ha ha.. Nih tol gate girl nak pesan; Bro kena Ada prinsip : Demi cinta ku sanggup bayar tol dari utara ke selatan”
Eh betul ka bro adat orang johor begitu? Mungkin sebab tu mas kahwin murah kan. Tapi kalau ada kan bro, jangan pula keris pusaka tu di keluarkan ya. haha
He…23x ada gak yang faham makna keris yang ingin bro sampaikan.
Keris pusaka tue kalau keluarkan, risau ada yang tiap kali raya tak nak balik sana nanti.
Ini tengah mencari keris, tak nak guna keris hiasan.
haha. Bro ni minat sangat dengan keris ya. Iya, bro biasa minat keris dari segi apa? rupa? pusaka? lagenda? atau sebab minat dari sekolah masa silat dulu? hehe
memg adat ni banyak kt johor..seronok & kecoh bile tol ni dibuat kt laman rumah, pintu masuk anjung, pintu masuk utama & yg last kt pelamin.. its just for fun hehe namun ada yg trsentap dgn fun yng org johor buat nih.. tringat kes yg masuk paper dulu tu.. ok mcm ni, kebiasaannya letak la rm1/rm2 utk mereka2 yg kt pintu tu. bungkus elok2 ..yg mak andam tu letak la rm50 jer.. bungkus elok2 jgk.. hehe tu je
Tau xpe, kalau masuk bilik, ada tol tak he..23x mana la tahukan, si isteri yang buatkan he..23x
Ada gak tergoogle kes masuk paper tue.
dlm bilik tu depends pd isteri hahaha klau die nk buat, buat la hahaha …
sayangnya tidak boleh bayar tol guna kad debit atau kad kredit. Tidak ada bayaran guna NFC. Kena cash! Tahniah bro. Saya pula baru melangsungkan perkahwinan raya ke-4 yang lalu.
Sebab cash itu yang parah sikit, risau tak cukup bajet pula nanti.
Tahniah, tak jemput bro pun :)
family sedara dulu bagi voucher makanan salah satu restoren kat mak andam terus.. haha lagi la pelik.
ada, tapi bukan semua kot? kenduri sy nanti takde buat macam tu, kot? kesian kat pengantin lelaki.. :D
Klau menyusahkan..memang patut angkat kaki dan balik jer. Mak andam tu tak usah di layan..bersanding tu pun haram..apatah lg kerja mak andam yg makeup kan pengantin. Sepatutnya isteri kena sambut suaminya bkn nya org lain.
Sampai hati kata menyesal kawin dgn org Johor.Kecik hati tau!Jumlah tol tu takdelah sampai beratur2 untuk satu sampul.Suka-suka je.Lagi pun mak andam sekarang bukan tua renta mcm dulu-dulu.
Unik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu.