Segmen baru tetapi tiadalah baru sangat di blog bro. Tetapi sudah memasuki bahagian yang ke-4
Korang Tanya Bro Jawap.
Soalan Terbaik + Jawapan terbaik dari bro akan bro jadikan entry sama ada di blog bro ini atau di blog bro yang lain untuk dikongsikan bersama pembaca blog bro yang lain
Dalam entry tersebut bro akan kredit link kepada empunya penanya [pastikan korang sertakan dengan link blog ataupun link facebook – bagi yang tiada blog]
Kerjasama anda amat dihargai.
Insya’lah semua soalan akan bro jawab :)
Walaupun bro bukan artis yang nak menjawap dakwaan, ahli ilmuan yang pandai dalam bidang mereka masing mahupun cikgu/pensyarah. Dan bro juga bukan Professor Serba Tahu (Dalam majalah Gila-Gila).
mane bro lagi sayang bini atau blog…hehe
bila mau isi lagi 3 slot kosng tu bro
2-2 bro sayang.
Tiada bini, risau fitrah disalurkan pada tempat yang salah.
Tiada blog, mana nak cari rezeki untuk disuapkan ke mulut bini-bini nanti.
Pasal 3 slot kosong itu, buat masa sekarang belum lagi ada sebarang persetujuan. Perancangan itu ada, tunggu dalam pembentangan bajet akan datang akan cuba diusulkan pada pihak yang berkenaan
Assalam Bro..saya ada 2 soalan ja nak tanya..
1. apa yang memotivasikan bro untuk terus blogging dan terus explore benda-benda baru dalam dunia blogger ni?
2. macam mana bro menghadapi kutukan-kutukan, kecaman-kecaman dan kritikan-kritikan yang agak melampau sepanjang berblog ni?
sekian dari mksyahir.com :)
Terima kasih diatas soalan yang diajukan…
1. Bro memang jadikan aktiviti blogging sebagai hobi sejak tahun 2006 dan sekarang menjadi kerjaya.
Dengan sifat ingin tahu dan berlajar menyebabkan bro lebih suka explore benda-benda baru dalam dunia blogging.
2. manusia biasa tak lari dengan fitrah manusia yang macam itu. Itu semua pandangan dorang, bro terima dengan hati terbuka. yang positif bro amik, yang negatif pun bro amik dan cuba memperbaikinya.
Tapi mana-mana kutukan kecaman dan kritikan yang langsung tak ada kena mengena pada bro mahupun blog bro. Bro anggap orang tue ada masalah jiwa.
Cuma nak cari tempat melepaskan perasaannya sahaja.
1. Bila bro hendak angkat kamera DSLR baru. Jenama apa yang menjadi pilihan baru?
2. Berapa ramai anak bro idamkan selepas bernikah nanti?
1. Mungkin selepas selesai urusan perkahwinan. Kalau ikutkan bro lebih selesa menggunakan Nikon.
2. Bergantung pada rezeki. Dan tengok pada produktiviti kilang yang bakal menghasilkan anak nanti.
kamera DSLR model apa yang sesuai digunakan bagi yang baru pertama kali hendak gunakan DSLR?
Bro tak pandai pasal DSLR.
Untuk permulaan, boleh cuba Nikon ataupun Canon dan jangan lupa jual lens standard tukar kepada lens lain. Pastikan bajet anda dalam RM3k
Jika anda plan untuk jangka masa panjang (seperti untuk jadi wedding photographer etc) dapatkan kamera dalam bajet RM5k – 7k.
Bro bukan alert dengan model terkini kamera.
Paling elok, cuba model yang mudah orang lain nak ajar anda dan terdapat tutorial di internet untuk menguasainya.
Jangan sesekali guna Rare kamera. Takut nanti tiada sesiapa nak berkawan dengan anda dan mungkin anda sendiri gagal menguasainya.
Kenyataan.. Sebab tue ada group Nikon or Canon DSLR..
apa nasihat kepada blogger-blogger yang sudah bertahun-tahun berblog bersungguh-sungguh namun traffic masih suam-suam kuku? masih perlu teruskan atau berhenti?
Bro pun dah bertahun berblog tetapi trafik tiada la kencang mana.
nasihat dari bro.
Ingat nawaitu anda berblog. Kalau nawaitu pun terpesong, maka apa yang anda nak, anda tidak akan dapat.
Jangan risau, kebanyakan blogger baru terus naik mendadak. Tidak akan bertahan lama, esok lusa blog tiada dan orang pun akan melupakan dia.
Percayalah ek.
Ramai sangat yang bro jumpa macam tue
Salam bro….Selamat bertemu kembali.nak tanya ni..
1.Apakah dengan ramainya bilangan pengikut didalam sesuatu blog,ia menjadi penentu kejayaan kepada pemilik blog itu.
2.Bila bro melawati sesuatu blog,apa yang bro cari dan apa yang bro inginkan.Adakah kerana entry nya,reka bentuk blognya atau kerana mengenali pemilik blog itu.
W’salam
1. susah nak letakkan penanda aras dalam berblog. ada je blog yang pengikutnya ramai. tetapi trafiknya sedikit, komen pun sedikit dan kadangkala tiada komen langsung.
cara terbaik, kita pandang pada pengaruhnya. pengaruh melalui penulisannya. memberi kesan atau tidak. adakah apa yang dikongsikan olehnya mampu membuka pandangan orang lain.
berapa banyak blog dimalaysia ini yang menjadi sumber informasi dan ilham kepada masyarakat? Mahupun menjadi sumber rujukan.
Kalau takat blog syok sendiri. Kita susah nak letakan penanda aras untuk mengukur tahap kejayaan pada pemilik blognya. kecuali kita labelkan dia sebagai syok sendiri.
2. Bila bro melawati sesuatu blog, bro cari tanda pangkah (x) pada belah kanan atas browsernya.
itu pun sekiranya apa yang bro inginkan tidak seperti yang bro inginkan. bro selalunya baca blog orang bukan ikut kepopularannya ataupun dia kenalan bro. tetapi lebih kepada topik yang ingin mereka kongsikan.
salam bro,
Soalan:
Dari mana datangnya idea untuk gunakan nama “bro framestone”?
Susahnya soalan ini.
Stone/Batu adalah nama gelaran bro sewaktu bersekolah dulu
Dulu bro minat Watak Flame Alchemist dalam manga Full Matel Alchemist. So bro letak nama bro Flamestone Alchemist.
Tapi ada yang cakap Flamestone ini bermaksud Batu Api. Macam tak sesuai sangat. So mereka cadangkan bro guna Framestone Alchemist sebab bro seorang yang suka interframe.
Maka bro gunakan framestone sewaktu awal-awal berblog. Tapi waktu itu ramai awek yang pangil abang, dan bro ini cepat cair (gila cute n comey dorang semua. Malangnya semua dah berkahwin)
So bro mintak dorang pangil bro dengan pangilan bro. kemudian jadilah broframestone. cdgan dorang sewaktu bro nak gunakan domain sendiri.
Sekian
menarik jwpan ni.. :)
bile bro nak kawin?saya xdapt kad lgi ni..
Tak lama lagi bro akan berkahwin dan kad masih belum siap lagi :)
nak tanya juga:
adakah bro masih gunakan laptop yg bermasalah tu?
adakah kemungkinan bro campak laptop mcm bro campak hp?
dah siap ke hantaran kawin? mesti penuh ngn gadjet kan?
Buat masa sekarang bro masih lagi menggunakan 2 laptop yang bermasalah, maybe awal tahun depan nak angkat MacBook sebiji.
Maaf, bro tak pernah campak hp (terutama hp yang mahal ini) tejatuh itu pernahlah.
Hantaran dah lama siap dah. Ada lagi yang perlu bro amik dari penaja. Gadget? Adalah sikit2
tak tahu nak tanya apa… dah selalu tanya kat fb dan sms… hehehe
Boleh je nak tanya dekat blog ini juga
Ble nak kawen? :D
Tak lama lagi
Jenis makanan yang bro suka?
Jawapan ( 1 – x suka langsung 5 – Favourite I) Rate 1 hingga 5
– Pizza
– Mc’D
– Nando’s
– Dominos
– KFC
– Kenny Rogers
– Pizza – 3
– Mc’ D – 4
– Nando’s – 5
– Dominos – 3
– KFC – 2
– Kenny Rogers – 3
Memang Terbaek!!
dkna nak tau latar belakang pengajian bro dari sek men hingga ke universiti :)
SPM berbekalkan 2A menyambung pengajian ke STPM dalam aliran sains. Tetapi terkandas dengan keputusan Fizik gagal.
Sambung ke universiti dalam bidang Pengurusan Perniagaan (HR)
Bro,
nur tertanya2 ni..
dalam gambar header kat atas tu Bro dan cik tunang tengah nengok apa ye?
Kami tengah tengok ke kanan berpaksikan 30′ ke atas
ha ha
BAJET 2013: YEAY DAPAT rm250
ade spe2 nk jual iphone5 korang?
sy nk beli @ harge rm 3200 tiap satu bijik!
sial call sy (no sms)
012-309 1386
019-313 8091
019-233 6728
> Siapa yang memperkenalkan dunia blog ni dengan bro masa sebelum ada blog dulu ?
> Teringin jugak nak tahu ni bro…selalunya setiap hari masa bila yg bro paling kerap berblogwalking ?
Kawan baik bro merangkap kekasih hati bro waktu itu (sekarang bekas tunang) yang memperkenalkan bro dengan dunia blogging.
Bro last blogwalking tahun 2007.
Dan sehingga sekarang bro tak blogwalking kecuali jika ternampak topik yang menarik untuk dibaca…
Whoa?.. Memang poweroot la bro x blog walking dah.. Cayalah..
kenapa bro tingglkan joomla?
Sebab dah lama tak dapat projek yang berplatformkan Joomla.
Dan kekurangan theme yang menarik untuk diolah
Dalam perjalanan bro menemui berbagai-bagai manusia setiap detik pernah ka bro dengar dari mulut mereka berkata “alahh die tu blogger jerr” (atau ayat2 yg swaktu dgnnya) ? klu ada apa yg bro buat?
Hai bro,
Sekadar nak bertanya, uv harian blog saya lebih 1,000 uv klik setiap hari tapi masih belum mendapat buffered earning atau advertorial Dari nuffnang, adakah cara lain untuk saya mendapat income Dari blog? Sekadar bertanya
1. Smartphone model apa yang bro gunakan sekarang ni dan apa model smartphone yang bro minati?.
2. Pada bro, gajet tu satu tools untuk memudahkan hidup atau sebagai imej peningkat gaya hidup?
Sekarang bro hanya menggunakan iPhone 4. Masih tiada smartphone yang bro minati.
Pada bro gajet yang bro gunakan memang untuk memudahkan hidup bro. Tak guna hp memahal tapi guna untuk kol dan sms.
Phone yang bro guna sekarang ini lebih kepada update blog, facebook, twitter, gps dan video cam sekiranya bro perlu buat video bila bersama artis tau di event tertentu
salam bro, dtg sini lepas baca entri Denaihati pasal bro Lelaki Kacak Blogger Malaysia… best tengok bro posing dengan SLR Sony tu, nak tanya ada satu teknik buat gambar belakang jadi blur, gambar depan sharp bagai nak giler… cam mana ye?