You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Luahan Hati Seorang Blogger [Part 28] – Kata-Kata Cacian Yang Telah Kau Berikan

17,451,886 total views, 4,355 views today

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 28] – Kata-Kata Cacian Yang Telah Kau Berikan

Kehidupan seorang manusia, tidak pernah lari dari fitnah dan cacian dari orang lain.

Begitu juga dengan blogger.

Bak kata Najwa Latif – Kata-kata cacian yang telah kau berikan, membuat ku rasa.. kosong, kosong…..

Itulah persoalan yang ditujukan oleh rakan blogger – MK Syahir.

Bagaimana bro menghadapi kutukan-kutukan, kecaman-kecaman dan kritikan-kritikan yang agak melampau sepanjang tempoh berblog ni?

Jawapan dari Bro Framestone : Manusia biasa tak akan lari dengan fitrah manusia yang macam itu.

Itu semua pandangan dan pendapat dorang terhadap bro, bro terima dengan hati terbuka. Mana yang positif bro amik, yang negatif pun bro amik dan cuba memperbaikinya.

Tapi mana-mana kutukan ,kecaman dan kritikan yang langsung tak ada kena mengena pada bro mahupun blog bro. Hanya berbau macam menyatakan ke”tidak puas hati”an beliau terhadap bro. Bro anggap orang tue ada masalah jiwa.

Angap sahaja dia cuma nak cari tempat melepaskan perasaannya sahaja. Kalau dilayan makin parah pula penyakit hati dia. Moga tuhan berikan sedikit cahaya untuk menerima kelebihan mahupun kekurangan orang lain yang merupakan ciptaanNya.

Bicara Bro : Rasa macam dah lama tak lepak dengan Najwa Latif. Macam nak ajak dia datang ke majlis perkahwinan bro nanti.

Jika anda ada persoalan, anda boleh ajukan kepada segmen “Korang Tanya, Bro Jawap

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

24 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 28] – Kata-Kata Cacian Yang Telah Kau Berikan

  1. Layankan je bro…
    Buat pekak telinga pun boleh..
    Nak bagi mulut orang ni diam susah…
    Sentiasa ada rasa tidak puas hati lalu misi kutuk mengutuk berjalan…”ikut hati jadi mati,ikut rasa binasa…

  2. Blogger picisan macam saya ni pun pernah kena caci di komen. Mula-mula memang marah sebab apa info yang di bagi tu memang betul. Tapi lama-lama, takpa la, masalah jiwa kot.

Leave a Reply

Top