June 18, 2021

Teruja Dapat Tonton Marvel Studios’ LOKI di Disney+ Hotstar

Marvel Studios' LOKI
Hari pertama tayangan mini siri 6 episod Marvel Studios’ LOKI, memang Bro xkan lepaskan untuk jadi yang terawal menontonnya di Disney+ Hotstar.

Sejak langgan Disney+ Hotstar dengan menambah RM5 ke dalam bil Astro, Bro baru start tonton WandaVission (9 episod) dan kemudian The Falcon and the Winter Soldier (6 episod) secara marathon.

Baru rasa berbaloi langgan Disney+ Hotstar nie.

Seperti yang kita tahu, timeline bagi cite WandaVission dan The Falcon and the Winter Soldier berlaku selepas Avengers: Endgame. Berbeza dengan cite Loki dimana ianya digambarkan berlaku pada tahun 2012, waktu pertama kali Loki dikalahkan oleh Avengers.

Kalau korang ingat sewaktu dalam Avengers: Endgame, geng2 Avengers ada pergi ke masa lampau untuk kutip semua batu infiniti. Ada satu babak tue, Loki telah berjaya melarikan diri dengan Tesseract, tapi lari ke mana?

Semuanya akan terjawab dalam episod pertama Loki.

Nampak macam berlaku perubahan garis masa bila geng2 Avengers pergi ke masa lampau tanpa mereka ketahui. Sebab kalau korang tengok hujung cerita Avengers kan si Thor bawa Loki balik ke tempat asal mereka.

Kali ini, Loki menghilang sewaktu ditangkap. Ayokkk tak tahu….

LOKI

READ : 5 Things to Know About Marvel Studios’ LOKI.

Lakonan Tom Hiddleston dalam mini siri Loki ini memang tidak mengecewakan. Korang boleh nampak sisi lain tentang watak Loki.

Jika sebelum nie, korang nampak macam mana Hulk belasah dia. Dalam cite Loki, ada banyak perkara yang korang sendiri tak sangka akan berlaku pada diri Loki.

Segalanya berubah bila Loki ditangkap oleh Time Variance Authority (TVA) yang menganggap Loki telah melakukan kesalahan sehingga memberi kesan kepada garis masa.

Lebih ketara lagi bila Loki dibawa ke dunia dimana kuasa dia dan Tesseract tidak lagi berfungsi. Lebih teruk lagi, Loki berjaya menjumpai banyak batu infiniti di sana tetapi orang sana hanya gunakan batu infiniti itu untuk tindih kertas sahaja.

Loki sedaya upaya cuba melarikan diri dari tempat itu, tapi tidak berjaya sehinggalah dia menonton perjalanan hidup dia dimasa hadapan dimana dia melihat bagaimana Mak dia mati dan juga saat dia dibunuh oleh Thanos.

Fuh, mendebarkan bukan. Tak sabar rasanya nak tonton Marvel Studios’ LOKI episod seterusnya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *