Dah kenapa Bro bergambar dengan kek keju?
Untuk pengetahuan korang, Hari Keju Sedunia disambut pada 4 Jun, Cartoon Network menjemput semua peminat setianya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry.
Menerusi tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga, ia menjadi sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu musim cuti sekolah.
Bagi Bro yang pertama kali membuat kek keju tanpa dibakar, ianya tak sesukar mana dan rasanya juga tak mengecewakan (Bagi percubaan yang pertama.
Asalkan buat ikut resepi.
Selain resipi bertema keju, korang juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com.
Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari korang.
Apa Maknanya Tom and Jerry Tanpa Keju?
Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus.
Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan.
Kasihan Tom!
Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever.
Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!
Bermula 21 Mei lalu, korang boleh mendapatkan seorang teman untuk mencuba Go Get Cheese Instagram filter, di mana mereka boleh menjadi #TeamTom dan mengejar Jerry bagi mendapatkan semula separuh daripada keju yang dicurinya atau menyertai #TeamJerry bagi merasai keterujaan melarikan diri daripada musuhnya itu.
Lengkapkan pengalaman Tom and Jerry anda dengan pelbagai rancangan istimewa di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD).
Dari 31 Mei hingga 4 Jun, jangan ketinggalan mengikuti episod baharu Tom and Jerry Show pada jam 11.30 pagi, dengan tayangan filem istimewa Tom and Jerry: Willy Wonka and the Chocolate Factory pada 4 Jun, jam 12.30 tengah hari.
Untuk lebih aksi kucing-dan-tikus, bolehlah menstrim tayangan di HBO GO untuk menonton Tom and Jerry pada bila-bila masa, di mana sahaja!